Program Sukarelawan Zoo Negara

National Zoo of Malaysia, Ulu Klang, 68000, Ampang, WP Kuala Lumpur, Malaysia
0 Days
0 Hours
0 Minutes
0 Seconds

Event Expired

Program Sukarelawan Zoo Negara will be organized at National Zoo of Malaysia on 5th November 2016 (Saturday).

* For more information, please visit this website https://www.facebook.com/events/773433439460728/

Program Sukarelawan Zoo Negara sesuai untuk pencinta haiwan atau sesiapa yang mencari aktiviti menarik pada hujung minggu. 

Sebagai volunteer anda dapat melihat apa yang berlaku disebalik tabir di Zoo Negara dan anda juga dapat pengalaman berkerja seperti Zoo Keeper untuk sehari.

Antara kelebihan menyertai program ini adalah:
• Dapat melakukan kerja amal sambil membantu haiwan dengan cara yang positif.
• Dapat melihat gelagat haiwan liar sambil belajar sedikit sebanyak mengenai perlakuan semulajadi mereka.
• Berpeluang untuk menimba pengetahuan mengenai cara pengendalian haiwan yang betul disamping dapat belajar kepentingan memelihara hidupan liar yang kian terancam.
• Bertemu kawan baru dengan minat yang sama :)

Program ini terbuka kepada sesiapa saja yang berusia 16 tahun ke atas.

Yuran penyertaan RM56 termasuk:
1) Tiket masuk Zoo termasuk lawatan ke Giant Panda 
** Bayaran akan disalurkan ke tabung penjagaan & pemuliharaan haiwan di Zoo Negara. Lawatan ke Giant Panda hanya untuk Volunteer baru sahaja.
2) Tshirt Volunteer (Microfibre - Vómos)
3) Penyertaan percuma selama setahun untuk kembali sebagai volunteer (Returning Volunteer)

Jadual Program - Separuh Hari (4 jam) : 

7.15 pagi : Volunteer Baru Sahaja
- Berkumpul di Zoo Negara ( Pintu Utama - Kaunter Tiket )
- Agihan T-Shirt & Tag Masuk Zoo Negara 

* Returning Volunteer perlu berkumpul di lobi "Education Office" sebelum pukul 7.45 pagi untuk memilih seksyen volunteer yang dikehendaki.

8.00 pagi : Sesi taklimat sukarelawan baru & returning

8.10 pagi : Sesi penyerahan kepada seksyen bertugas

10.00 pagi : Rehat 

10.45 pagi : Sambung tugasan di seksyen

12.30 t/hari : Program tamat 

1.00 petang : Berkumpul di Giant Panda untuk sesi bergambar 

1.30 petang : Lawatan ke Giant Panda (volunteer baru sahaja)

2.00 petang : Free & Easy*
Volunteer boleh bersiar-siar di dalam zoo selepas program sukarelawan tamat atau terus pulang. Zoo Negara tutup pada pukul 5 petang.

Kepada volunteer yang ingin menyambung semula tugasan di seksyen yang telah diberikan, volunteer boleh berbuat demikian dengan memberitahu Zookeeper setiap seksyen masing-masing & Fatihha (group admin) untuk tujuan merekod jumlah tugasan untuk sijil.

Para peserta akan mendapat sijil daripada Zoo Negara selepas menyertai :
- Program 40 jam
- Program 100 jam
- Program Dorsent ( Green Batch & Gold Batch )


Makan :
Peserta boleh membeli makanan di kantin pekerja Zoo Negara atau boleh membawa bekalan sendiri ( bekas Styrofoam tidak dibenarkan )

Kod Pakaian : 
- Seluar panjang
- Kasut sukan/bertutup

Tempat letak beg & barangan yang tidak berkunci ada sediakan di setiap seksyen tugasan. 

Para peserta akan dibahagikan kepada seksyen haiwan secara rawak seperti di bawah :
1-Zookeeper :
- Mammal Kingdom
- Karnivor
- Burung
- Rumah Reptilia
- Kompleks Beruang
- Show
- Akuarium
- Children’s World
- Savannah

2-Khidmat Pelanggan (kaunter masuk utama & Giant Panda)
3-Dapur haiwan ( tempat penyediaan makanan untuk semua haiwan kecuali panda)
4-Klinik Veterinar 

Untuk mendaftar, sila hubungi :
☎️ 011-27420755 (Fatihha)
Email : programsukarelawan@gmail.com

WhatssApp butiran diri untuk mendaftar :
1) Nama Penuh 
2) No. Kad Pengenalan
3) No. Tel
4) Email
5) Tarikh program

Senarai tarikh program yang masih dibuka :
• 6 November - https://www.facebook.com/events/1070127506377258/
• 13 November - https://www.facebook.com/events/1722703687991481/
• 19 November - https://www.facebook.com/events/473224232888882/
• 20 November - https://www.facebook.com/events/230638680637027/
• 26 November - https://www.facebook.com/events/604431989713530/
• 1 Disember - https://www.facebook.com/events/270133436680399/
• 2 Disember - https://www.facebook.com/events/446116898895444/
• 3 Disember - https://www.facebook.com/events/1682556148662772/
• 4 Disember - https://www.facebook.com/events/1873093409584357/
• 10 Disember - https://www.facebook.com/events/147410045662007/
• 11 Disember - https://www.facebook.com/events/1700473653567284/
• 17 Disember - https://www.facebook.com/events/851499454978121/
• 18 Disember - https://www.facebook.com/events/667814403357419/
• 24 Disember - https://www.facebook.com/events/236148336742260/
• 26 Disember - https://www.facebook.com/events/969433946437985/
• 31 Disember - https://www.facebook.com/events/1724549877788596/

Untuk senarai penuh tarik program sila rujuk di sini:https://www.facebook.com/maisinggah.site/events

Facebook Group Page kami di:
https://www.facebook.com/groups/malaysia.volunteerprogram/

Location Map