Konsert Muzik D.R.A.S. in Kuala Lumpur 2026

{{$t("Scan and Share")}}
{{$t("Scan the qr to open and share in mobile, or")}} {{$t("Click Here")}} {{$t("to copy the shareable link")}} http://t2u.asia/e/50832
Unifi Arena
Level 2, Stadium Nasional, Sports City (KLSC, Sri Petaling, 57700 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia
Map

📍 Share This Location


Seats are auto-assigned based on the best available seats. It is not guaranteed that all seats will be assigned together. Please double-check before proceeding as once assigned, seats cannot be cancelled or changed. 


Upon purchase of ticket(s), you will receive a booking confirmation email with e-ticket. Kindly check your junk or spam mail for the confirmation email if it is not in your inbox.

Please key in your email address correctly during your purchase. Any request of changing email will not be entertained.

Ticket {{$t("Information")}}

{{$t("More info on this event")}}

Details

# NEW DATE & VENUE ANNOUNCED:

FOUR ICONIC INDONESIAN BANDS DADALI, REPVBLIK, ARMADA and SAMSONS BRING “KONSERT MUZIK D.R.A.S.” CLOSER TO FANS AT IDEA LIVE ARENA ON 31 OCTOBER


Organisers KH Worldwide and Star Planet today announced the updated schedule for “Konsert Muzik D.R.A.S.”, which will now take place on Saturday, 31 October 2026, at 8:00 PM at Idea Live Arena, Kuala Lumpur (originally scheduled for 22 August 2026 at UNIFI Arena).


This rescheduling comes in response to unforeseen operational aspects and tour logistics considerations. Despite the change, the newly selected venue offers a more intimate setting, promising audiences a closer connection with the four iconic Indonesian bands — Dadali, Repvblik, Armada, and Samsons — as they share the stage for a truly unforgettable night of music.


“Konsert Muzik D.R.A.S.” presents a rare opportunity for fans to witness these iconic acts sharing one stage in a unique musical crossover. 


Pushing the energy to the absolute limit, each act delivers its own signature sonic footprint: Dadali anchors the night with deep, emotionally charged anthems like “Disaat Aku Mencintaimu” and “Disaat Aku Tersakiti”; Armada amps up the crowd with high-octane pop-rock tracks including “Asal Kau Bahagia” and “Pemilik Hati”; Repvblik is primed to send shockwaves through the arena with massive sing-along favorites like “Sandiwara Cinta” and “Aku Takut”; while Samsons brings the ultimate vocal power and soaring, timeless hooks through legendary hits like “Kenangan Terindah” and “Naluri Lelaki”. 


Together, these four forces unite to create a high-frequency celebration of Indonesian music, set to electrify generations of fans across the region.


More than just a concert, this special showcase promises a spectacular night of music indulgence, featuring a specially curated programme, dynamic collaborations and captivating choreography designed to elevate the live experience. With four legendary bands uniting for one extraordinary performance, audiences can expect a powerful fusion of nostalgia, energy and unforgettable moments — a once-in-a-lifetime musical celebration that no music lover should miss.


FOUR ICONIC BANDS, ONE UNFORGETTABLE NIGHT

Dadali

Known for their emotional ballads and heartfelt lyrics, Dadali rose to fame with massive hits such as “Disaat Aku Mencintaimu,” “Disaat Aku Tersakiti,”and “Disaat Patah Hati.” Their signature style has made them one of Indonesia’s most recognizable pop bands, with songs that continue to resonate with listeners across generations.


Armada

One of Indonesia’s most successful bands of the modern era, Armada has amassed billions of streams and widespread popularity with timeless hits including “Asal Kau Bahagia,” “Pergi Pagi Pulang Pagi,” “Pemilik Hati,” and “Awas Jatuh Cinta.” Their emotionally rich songs and energetic live performances have earned them a devoted fanbase throughout Southeast Asia.



Repvblik 

Famed for their catchy melodies and relatable lyrics, Repvblik became household names through songs such as “Selimut Tetangga,” “Aku Takut,” and “Sandiwara Cinta.” Their infectious sing-along anthems have made them a favourite among fans for more than a decade.



Samsons

Renowned for their powerful vocals and romantic rock ballads, Samsons captivated audiences with iconic songs including "Kenangan Terindah," "Naluri Lelaki," “Tuhan Tak Pernah Salah” and "Bukan Diriku." Their music remains deeply embedded in the memories of Indonesian music fans across the region.



With four celebrated bands sharing one stage, audiences can look forward to an immersive concert experience filled with nostalgia, passion, and a non-stop parade of beloved hits that have soundtracked countless memories over the years.


TICKET INFORMATION

All existing tickets will remain valid for the rescheduled event, with new seat assignments within the same ticket category automatically allocated. No further action is required for ticket holders. Those unable to attend on the new date may request a refund by contacting Ticket2U before 13 July 2026 at 11:59 PM.


Ticket sales for the updated event plan and new venue will officially reopen on 15 July 2026 at 12:00 PM via www.ticket2u.com.my and www.fantopia.io.


For further updates and information, please visit starplanet.com.my



 

TARIKH DAN LOKASI BAHARU DIUMUMKAN

Gabungan 4 Band Ikonik Indonesia: "Konsert Muzik D.R.A.S." Ditunda ke 31 Oktober 2026, Janji Suasana Lebih Intim dan Eksklusif di IDEA LIVE ARENA KL


Pihak penganjur bersama, KH Worldwide dan Star Planet, hari ini secara rasmi mengumumkan penjadualan semula bagi acara "Konsert Muzik D.R.A.S.". Konsert tersebut kini akan berlangsung pada Sabtu, 31 Oktober 2026, jam 8.00 malam, bertempat di lokasi baharu iaitu Idea Live Arena, Kuala Lumpur.


Acara ini pada asalnya dijadualkan untuk menemui peminat pada 22 Ogos 2026 di UNIFI Arena. Langkah penjadualan semula ini diambil bagi menyelaraskan beberapa faktor luar jangka yang melibatkan aspek operasi serta logistik siri jelajah artis. Penyesuaian dinamik ini sekali gus menegaskan komitmen tinggi pihak penganjur dalam memastikan sebuah persembahan bertaraf tinggi buat para peminat.


Pemilihan Idea Live Arena sebagai lokasi baharu dijangka bakal memberikan nilai tambah yang luar biasa buat para penonton. Memandangkan ruang lokasi tersebut menawarkan atmosfera yang lebih intim, para peminat berpeluang menikmati pengalaman menonton yang sangat eksklusif serta membina interaksi yang lebih dekat bersama empat kumpulan ikonik Indonesia, iaitu Dadali, Repvblik, Armada, dan Samsons.


"Ini bukan sekadar konsert biasa, tetapi satu perayaan muzik Indonesia yang bakal mencetak sejarah tersendiri. Pihak penganjur menjanjikan sebuah malam yang penuh dengan susunan program khas, kolaborasi dinamik di pentas, serta koreografi memukau demi memastikan peminat pulang dengan memori yang tidak akan dilupakan."


Konsert ini merupakan sebuah peluang keemasan yang jarang sekali berlaku untuk menyaksikan empat gergasi muzik seberang berkongsi satu pentas yang sama dalam sebuah persembahan silang (cross-over) yang sangat unik. Masing-masing hadir dengan portfolio lagu-lagu killer yang pastinya akan mencetuskan sesi sing-along terbesar tahun ini.


Peminat bakal dihidangkan dengan emosi yang mendalam daripada Dadali menerusi karya balada menyentuh tangkai hati seperti “Disaat Aku Mencintaimu” dan “Disaat Aku Tersakiti”, sebelum Armada mengambil alih pentas untuk menggegarkan arena dengan lagu pop rock berjiwa besar termasuk “Asal Kau Bahagia” dan “Pemilik Hati”. Kemeriahan diteruskan lagi apabila Repvblik bersiap sedia mengimbau memori luahan perasaan menerusi lagu-lagu hits mereka seperti “Sandiwara Cinta” dan “Aku Takut”, manakala Samsons bakal mengubati rindu peminat dengan kekuatan vokal serta rock balada sepanjang zaman menerusi lagu berhantu mereka, “Kenangan Terindah” dan “Naluri Lelaki”.


Gabungan mantap empat kumpulan ikonik ini bukan sahaja merentasi pelbagai generasi peminat, malah menjadi jambatan yang menghubungkan jutaan pencinta muzik di seluruh rantau ini menerusi untaian lagu yang telah mematangkan kita semua.


EMPAT KUMPULAN IKONIK, SATU MALAM YANG TERINDAH

Dadali

Dikenali menerusi balada yang sarat dengan emosi dan lirik yang menyentuh hati, Dadali mencipta fenomena menerusi lagu-lagu hit seperti “Disaat Aku Mencintaimu,” “Disaat Aku Tersakiti,” dan “Disaat Patah Hati.” Identiti muzik mereka yang tersendiri menjadikan Dadali antara kumpulan pop paling popular di Indonesia, dengan karya yang terus dekat di hati pendengar merentasi generasi.



Armada

Sebagai salah satu kumpulan paling berjaya dalam era moden muzik Indonesia, Armada telah meraih berbilion penstriman serta populariti luar biasa menerusi lagu-lagu malar segar seperti “Asal Kau Bahagia,” “Pergi Pagi Pulang Pagi,” “Pemilik Hati,” dan “Awas Jatuh Cinta.” Lagu-lagu penuh emosi serta persembahan bertenaga mereka berjaya membina kelompok peminat setia di seluruh Asia Tenggara.



Repvblik

Sering kali dikaitkan dengan melodi yang mudah melekat di ingatan serta lirik yang dekat dengan kehidupan pendengar, nama band Repvblik meniti dari bibir ke bibir menerusi lagu-lagu seperti “Selimut Tetangga,” “Aku Takut,” dan “Sandiwara Cinta.” Deretan lagu yang mudah dinyanyikan bersama menjadikan mereka antara kumpulan kegemaran ramai selama lebih sedekad.



Samsons

Hadir dengan vokal yang mantap dan balada rock romantis yang menyentuh perasaan, Samsons berjaya menawan hati peminat menerusi lagu-lagu ikonik seperti "Kenangan Terindah," "Naluri Lelaki," “Tuhan Tak Pernah Salah” dan "Bukan Diriku." Muzik mereka terus terpahat dalam memori peminat muzik Indonesia di seluruh rantau ini.



Dengan keempat-empat kumpulan terkenal ini berkongsi satu pentas yang sama, penonton bakal disajikan dengan pengalaman konsert yang penuh penghayatan dan nostalgia serta deretan lagu-lagu kegemaran yang telah menjadi latar kepada pelbagai kenangan sepanjang tahun.


MAKLUMAT JUALAN TIKET

Semua tiket yang telah dibeli sebelum ini kekal sah untuk tarikh penjadualan semula tersebut. Pemegang tiket akan diberikan penetapan tempat duduk baharu secara automatik mengikut kategori tiket asal tanpa perlu melakukan sebarang tindakan susulan.


Bagi pemegang tiket yang tidak dapat menghadiri konsert pada tarikh baharu yang telah ditetapkan, permohonan bayaran balik (refund) boleh dikemukakan dengan menghubungi pihak Ticket2U selewat-lewatnya pada 13 Julai 2026, jam 11.59 malam.


Sementara itu, jualan tiket bagi lokasi baharu ini akan dibuka semula secara rasmi mulai 15 Julai 2026, jam 12.00 tengah hari menerusi platform www.ticket2u.com.my dan www.fantopia.io.


Untuk sebarang maklumat lanjut serta perkembangan terkini mengenai "Konsert Muzik D.R.A.S.", sila layari laman web rasmi starplanet.com.my.


Location

Unifi Arena
Level 2, Stadium Nasional, Sports City (KLSC, Sri Petaling, 57700 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia

{{$t("Terms and Conditions")}}

Important Notes

Notes:

1. Strictly no admission for children aged 3 years or below into the venue. Those under 14 must be accompanied by an adult and require a full-priced ticket.

2. All areas are numbered seating. All seats are allocated by the system as the "Next Available Seat." Please review your seat location, event, and performance date carefully before purchasing. 

3. Tickets are issued on a first-come, first-served basis and subject to availability. Ticket(s) bought are non-cancellable, non-changeable, and non-refundable except for event cancellations, postponements, or special cases as determined by organiser.

4. Each ticket is attached with a UNIQUE QR code (one-time use only) which will be scanned upon venue admission. Please refrain from posting your booking confirmation and e-ticket(s) online or share it with others to prevent forgery.

5. Upon purchase of ticket(s), you will only receive a booking confirmation email with e-ticket. Kindly check your junk or spam mail for the confirmation email if it is not in your inbox.

6. Star Planet Membership Points Rewards is not applicable for this show.

7. Prices are quoted in Ringgit Malaysia & exclude RM6 Ticketing Fee (exclude 8% SST).

8. There will be a RM10 Transaction Fee (exclude 8% SST) applicable per transaction.

9. Lost or damaged ticket(s) will not be entertained.

10. In the event of cancellation, postponement, or significant changes to the venue or content, we will attempt to notify purchasers using the provided contact details. However, it is the purchaser’s responsibility to confirm the Event’s status. The Organiser or event management is not liable for any travel, accommodation, or other costs incurred due to event changes.

11. All other ticket bookings and event terms and conditions remain applicable at all times. The organiser reserves the right to make alterations or changes without prior notice.


Admission Policy: 

1. Each ticket admits one (1) person for a single entry only. 

2. Entry is permitted with a physical ticket or PDF e-ticket displaying the QR code, event details, and order number. Screenshots or image files are not accepted. 

3. All tickets are strictly non-refundable and non-exchangeable. Lost, damaged, stolen, or misused tickets will not be reissued or replaced. Do not share, post, or circulate your ticket in any form to prevent possible forgery or unauthorised use. Ticket holders are responsible for the safekeeping of their tickets. 

4. All attendees are subject to bag checks and security screening. The following are strictly prohibited: video/audio recording, live streaming, use of electronic devices other than mobile phones and power banks, outside food and drinks, stainless steel, aluminium, glass bottles, laser pointers, noise devices, view-obstructing items, offensive flags or banners, selfie sticks, stabilizers, tripods, large luggage, folding chairs, non-collapsible umbrellas, helmets, alcohol, illegal substances, cigarettes, e-cigarettes, and any items deemed inappropriate by the Organiser. Violators will be removed, and confiscated items will not be returned. 

5. Only tickets purchased through the Organiser’s designated official channels are valid. All ticket sales and purchases are at the sole discretion of the Organiser. The Organiser reserves the right to verify and cancel tickets resold, scalped, or used for unauthorised commercial purposes without refund. Tickets may not be resold or used for advertising, promotions, commercial activities, competitions, lucky draws, trade promotions, or offered as gifts with other products or services. The Organiser reserves the right to refuse entry or remove any person who violates event terms, behaves inappropriately, or disrupts the event without refund or compensation. 

6. The Organiser reserves the right to amend event rules and terms without prior notice. Please stay updated via the official website at starplanet.com.my or the Organiser’s social media channels. 

7. Late Entry Policy: The event is scheduled to begin promptly at 8:00 PM. Please arrive early or on time. Actual performance times may vary without prior notice. Latecomers will only be admitted at appropriate intervals.


Nota:

1. Kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah dilarang sama sekali memasuki venue. Kanak-kanak di bawah umur 14 tahun mesti ditemani oleh seorang dewasa dan memerlukan tiket berharga penuh.
2. Semua kawasan adalah tempat duduk bernombor. Semua tempat duduk akan diperuntukkan secara automatik oleh sistem berdasarkan "Tempat Duduk Tersedia Seterusnya". Sila semak lokasi tempat duduk, acara, dan tarikh persembahan dengan teliti sebelum membuat pembelian.
3. Tiket dikeluarkan berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat dan tertakluk kepada ketersediaan. Tiket yang telah dibeli tidak boleh dibatalkan, ditukar, atau dikembalikan wang kecuali sekiranya berlaku pembatalan acara, penangguhan, atau kes-kes khas yang ditentukan oleh penganjur.
4. Setiap tiket mempunyai kod QR UNIK (untuk sekali penggunaan sahaja) yang akan diimbas semasa kemasukan ke venue. Sila elakkan daripada memuat naik pengesahan tempahan atau e-tiket anda secara dalam talian atau berkongsi dengan pihak lain bagi mengelakkan pemalsuan.
5. Setelah pembelian tiket berjaya, anda hanya akan menerima e-mel pengesahan tempahan bersama e-tiket. Sila semak folder Junk atau Spam sekiranya e-mel tersebut tidak diterima di peti masuk anda.
6. Mata Ganjaran Keahlian Star Planet tidak terpakai untuk acara ini.
7. Harga yang dipaparkan adalah dalam Ringgit Malaysia dan tidak termasuk Fi Tiket RM6 (tidak termasuk SST 8%).
8. Fi Transaksi sebanyak RM10 (tidak termasuk SST 8%) akan dikenakan bagi setiap transaksi.
9. Tiket yang hilang atau rosak tidak akan dilayan.
10. Sekiranya berlaku pembatalan, penangguhan, atau perubahan ketara terhadap venue atau kandungan acara, kami akan berusaha untuk memaklumkan pembeli melalui maklumat perhubungan yang diberikan. Walau bagaimanapun, menjadi tanggungjawab pembeli untuk mengesahkan status acara tersebut. Penganjur atau pihak pengurusan acara tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perjalanan, penginapan, atau kos lain yang ditanggung akibat perubahan acara.
11. Semua syarat dan terma tempahan tiket serta acara yang lain kekal terpakai pada setiap masa. Penganjur berhak membuat sebarang pindaan atau perubahan tanpa notis terlebih dahulu.


Polisi Kemasukan:

  1. Setiap tiket hanya sah untuk satu (1) orang bagi satu kali kemasukan sahaja.
  2. Kemasukan hanya dibenarkan dengan tiket fizikal atau e-tiket PDF yang memaparkan kod QR, maklumat acara dan nombor pesanan. Tangkapan skrin atau fail imej tidak akan diterima.
  3. Semua tiket adalah tidak boleh dipulangkan dan tidak boleh ditukar. Tiket yang hilang, rosak, dicuri atau disalahgunakan tidak akan diterbitkan semula atau diganti. Jangan berkongsi, menyiarkan atau mengedarkan tiket anda dalam apa jua bentuk bagi mengelakkan pemalsuan atau penggunaan tanpa kebenaran. Pemegang tiket bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan tiket masing-masing.
  4. Semua pengunjung tertakluk kepada pemeriksaan beg dan saringan keselamatan. Barangan berikut adalah dilarang sama sekali: rakaman video/audio, penstriman langsung, penggunaan peranti elektronik selain telefon bimbit dan power bank, makanan dan minuman dari luar, botol keluli tahan karat, aluminium atau kaca, penunjuk laser, alat pembuat bunyi, barangan yang menghalang pandangan, bendera atau sepanduk berunsur ofensif, selfie stick, stabilizer, tripod, bagasi besar, kerusi lipat, payung yang tidak boleh dilipat, topi keledar, alkohol, bahan terlarang, rokok, e-rokok dan apa-apa barangan yang dianggap tidak sesuai oleh penganjur. Individu yang melanggar peraturan akan diarahkan keluar dan barangan yang dirampas tidak akan dipulangkan.
  5. Hanya tiket yang dibeli melalui saluran rasmi yang ditetapkan oleh penganjur adalah sah. Semua jualan dan pembelian tiket adalah tertakluk kepada budi bicara mutlak penganjur. Penganjur berhak mengesahkan dan membatalkan tiket yang dijual semula, ditawarkan pada harga tidak sah (scalping) atau digunakan bagi tujuan komersial tanpa kebenaran tanpa sebarang bayaran balik. Tiket tidak boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan pengiklanan, promosi, aktiviti komersial, pertandingan, cabutan bertuah, promosi perdagangan atau ditawarkan sebagai hadiah bersama produk atau perkhidmatan lain.
  6. Penganjur berhak untuk meminda peraturan dan terma acara pada bila-bila masa tanpa notis awal. Sila rujuk laman web rasmi di starplanet.com.my atau saluran media sosial rasmi Penganjur untuk maklumat terkini..
  7. Polisi Kemasukan Lewat: Acara dijadualkan bermula tepat pada jam 8:00 malam. Sila hadir lebih awal atau tepat pada masanya. Masa sebenar persembahan mungkin berubah tanpa notis terlebih dahulu. Pengunjung yang lewat hanya akan dibenarkan masuk pada waktu yang sesuai yang ditentukan oleh pihak penganjur.

{{$t("More events or promo by")}}
STAR PLANET SDN BHD

Established since 2002, Star Planet has rapidly moved up to become a household name in Malaysia providing first rate professional services relating to organizing, managing, marketing and producing concerts, music showcases and promotional tours for local and foreign artistes.
Scan & Share
http://t2u.asia/e/50832 
 
Established since 2002, Star Planet has rapidly moved up to become a household name in Malaysia providing first rate professional services relating to organizing, managing, marketing and producing concerts, music showcases and promotional tours for local and foreign artistes.
Event Links
http://t2u.asia/e/50832 

{{$t("Check Shipping Status")}}

{{$t("Key in your tracking number to check shipping status")}}