A) BUTIRAN PERTANDINGAN
1. Ahli Kumpulan
- Terdiri daripada 5 orang peserta bagi satu kumpulan.
- Terdapat 4 sesi saringan dan setiap sesi akan menilai bagi 4 kumpulan.
- Peserta perlu berkumpul jam 2.00 petang pada 01 Jan 2020 di kedai IJ Walk In untuk taklimat dan pemilihan bahan.
- Setiap kumpulan wajib menyiapkan sebiji kek bertema pengantin dan biskut bertema hari raya pada masa yang diberikan.
2. Bahan/ alatan
- Semua bahan mentah akan disediakan oleh penganjur
- Peserta hanya perlu membawa sendiri segala alatan yang diperlukan semasa pertandingan
- Penganjur akan menyediakan avon pembakar dan mesin pengadun.
- Bahan sampingan yang dirasakan perlu oleh peserta, peserta boleh datang dan membuat pemilihan di kedai IJ Walk In pada tarikh 01 Jan 2020.
- Bahan yang dipilih mestilah digunakan, jika tidak markah akan dipotong.
3. Pengadilan dan permarkahan
- Cara permarkahan untuk rasa kek dan biskut pada sesi 1-sesi 4 akan ditentukan oleh juri dari pihak pengajur.
- Markah bagi setiap kumpulan akan dikumpulkan dari saringan sesi 1 sehingga ke sesi 4 dan hanya 3 kumpulan layak ke peringkat akhir.
- Bagi kreativiti dan hiasan cantik pula akan ditentukan oleh juri awam yang mana foto setiap kek dan biskut akan dimuat naik ke laman social facebook dan website IJ Walk In Trading.
- Pemenang bagi ketogori hiasan cantik akan dipilih berdasarkan berapa banyak ‘Like’ atau tanda suka yang diterima.
- Setiap peserta yang layak ke peringkat akhir akan dimaklumkan oleh penganjur melalui media pesanan ringkas atau panggilan telifon.
Bagi penilaian peringkat akhir akan dibahagi kepada dua:
1. 50% markah adalah daripada juri professional dan,
2. 50% daripada pengunjung yang hadir pada hari tersebut.
Juri akan menilai berdasarkan rasa, kekemasan, kreativiti, dan mengikut tema yang di tetapkan.
Segala keputusan juri adalah muktamad.