Debat perdana di antara Dato' Seri Anwar dan Dato' Sri Najib akan dapat disaksi secara langsung melalui media-media jemputan dan secara fizikal di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur atas jemputan Dato' Sri Anwar dan Dato' Sri Najib.
Secara amnya, format debat ini meliputi tiga bahagian,
Pertama, berhubung permasalahan yang dihadapi syarikat minyak dan gas, Sapura Energy, serta sama ada ianya perlu diselamatkan atau tidak.
Kedua, berhubung 'Masa Depan Malaysia', merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara.
Ketiga, sesi soal jawab.