Program "Scratch AI: DiMana Kreativiti Bertemu Kepintaran" adalah peluang menarik untuk menggali alam dunia Kecerdasan Buatan (AI). Kursus ini direka khas untuk membawa peserta melalui perjalanan yang mendalam dalam AI, dari konsep asas hingga aplikasi praktikal. Program ini mengandungi 4 modul dan aktiviti treasure hunt serta mini challenge. Modul yang akan disampaikan adalah seperti berikut: 1. Sorting animal picture 2. Tic tac toe 3. Smart assistants 4. Insulting a computer Perincian modul 1 Sorting Animal Pictures: peserta akan belajar menggunakan pembelajaran mesin untuk membangunkan sistem yang dapat mengenal dan mengelas gambar haiwan yang berbeza. Pelbagai gambar haiwan akan digunakan untuk menguji prestasi sistem kita Perincian modul 2 Tic Tac Toe: peserta akan memahami bagaimana pembelajaran mesin diaplikasikan dalam permainan Tic Tac Toe. Peserta akan melatih model untuk mengenal nombor dan membina papan Tic Tac Toe. Peserta akan mempelajari kepentingan contoh latihan dalam meningkatkan prestasi model Tic Tac Toe yang dibangunkan. Perincian modul 3 Smart Assistants: Peserta akan menerokai aplikasi pembantu pintar seperti Alexa, Google Home,Siri dan memahami bagaimana aplikasi tersebut dapat memberi respon kepada arahan pengguna. Peserta dapat mempelajari bagaimana aplikasi tersebut menggunakan pembelajaran mesin untuk belajar daripada contoh dan memahami maksud pengguna apabila bercakap dan berkomunikasi dengan mereka. Perincian modul 4 Insulting a Computer: Peserta akan meneroka secara terperinci proses melatih model pembelajaran mesin untuk memahami pelbagai arahan yang menunjukkan emosi dan sentimen yang berbeza. Peserta akan menghasilkan set data emosi dan sentimen yang berbeza untuk membolehkan mesin dapat mengenal pasti emosi atau nada dalam sesuatu penulisan yang baru berdasarkan corak dalam kosa kata dan tatabahasa