Create Without Limits: AI Video & Voice Workshop adalah bengkel intensif 3 hari khas untuk OKU yang ingin kuasai kemahiran baru dalam dunia digital mencipta video dan suara guna teknologi AI tanpa perlu bercakap depan kamera.
Latihan dikendalikan oleh Coach Jamie Thoo, Jurulatih Bertauliah HRDC, dengan pendekatan 100% praktikal.
Dalam bengkel ini, peserta akan belajar cara:
Tulis skrip guna ChatGPT
Tukar teks jadi suara guna HeyGen
Edit video mudah & menarik guna CapCut PRO
Buat kandungan untuk TikTok, Facebook, Instagram & YouTube
Objektif Bengkel:
Tingkatkan kemahiran untuk buat duit sebagai content creator
Belajar jadi affiliate dan jana komisen dari rumah
Gunakan video AI untuk promosi produk atau servis sendiri
Bersedia untuk peluang kerja baru dalam dunia digital
Bengkel ini bantu peserta jadi lebih berdikari, yakin dan berdaya saing — sesuai untuk mereka yang nak bina kerjaya atau bisnes dari rumah dengan sokongan teknologi.