25 Oktober 2024 (Jumaat)
8:30PM – 10:00PM: Konsert ELLA dan ‘Meet & Greet’ Bersama ELLA
26 Oktober 2024 (Sabtu)
6:00PM – 6:30PM: ‘Meet & Greet’ Bersama Bob Yusuf & HyperAct
7:30PM – 8:30PM: Konsert Bob Yusuf
9:00PM – 10:00PM: Konsert HyperAct
27 Oktober 2024 (Ahad)
8:00PM – 9:00PM: Konsert Acong Sweetchild & Azan Scan
9:00PM – 10:00PM: Konsert Shajiry & Sabhi Saddi
Selaras fungsi dan objektif UDA di dalam memperkasa pemilikan bumiputera di kawasan bandar, UDA yang juga menjunjung matlamat memperkasakan penglibatan USAHAWAN Bumiputera di dalam memulihkan perniagaan serta menangani krisis ekonomi Syarikat MSME, telah secara proaktif melancarkan Karnival UDA pada tahun 2022.
Aspirasi dan misi UDA adalah mengenalpasti usahawan tempatan untuk diperkasakan melalui pelbagai pendedahan dan bimbingan rentak niaga alaf baharu bagi melahirkan usahawan yang mampan, berpotensi maju, berdaya tahan serta mampu bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
Jalinan kerjasama di antara UDA dan Rakan Strategik di Karnival UDA 2024 ini secara relatifnya membuka peluang padanan perniagaan (‘business matching’), peluang meluaskan skop perniagaan dan menjadi satu wadah perkongsian ilmu di antara Rakan Strategik dan usahawan- usahawan terlibat serta mencapai keterangkuman sosial bagi mengintegrasikan juga usahawan-usahawan asnaf dan kurang upaya di dalam memastikan kesaksamaan peluang.
Penganjuran Karnival UDA 2024 telah dikonsepkan kepada beberapa zon bagi menyantuni pelbagai lapisan Masyarakat iaitu Pavilion UDAria, Pavilion USHAniaga, Zon Wanita, Zon Maskulin & New Gen, Fiesta Bakat, Zon Keluarga dan Zon Makan Fest. Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung termasuklah persembahan artis seperti Ella, Bob Yusof, Hyper Act. Acong Sweetchild, Azan Scan, Shajiry & Sabhi Saddi! Masuk percuma sahaja!