Persembahan ini diberi nama Malam Gemala Sari (MGS) dan akan menjadi satu acara tahunan (SSeMKL) yang menjadi kemuncak aktiviti kesenian. Produksi ini adalah gabungan persembahan dari empat bidang kesenian SSeMKL iaitu Bidang Teater, Bidang Tari, Bidang Seni Visual dan Bidang Muzik.
{{$t("More info on this event")}}
Mengisahkan tentang penduduk Kampung Nilam Sari yang telah diganggu sekumpulan Kaum Jin, yang diketuai oleh Pala Jin dan konconya. Kaum Jin telah mengamuk dan menculik Bawang Merah dan Bawang Putih akibat daripada kaum Badang yang telah berhutang dengan mereka. Hal ini menyebabkan perbalahan besar antara Kaum Jin dengan pahlawan penduduk kampung Nilam Sari yang dianggotai oleh Kaum Badang, 3 Bersaudara, Puteri Gunung Ledang dan Tok Dagang.
{{$t("More events or promo by")}} SEKOLAH SENI MALAYSIA KUALA LUMPUR