Konsert Nostalgia Serikandi

{{$t("Scan and Share")}}
{{$t("Scan the qr to open and share in mobile, or")}} {{$t("Click Here")}} {{$t("to copy the shareable link")}} http://t2u.asia/e/44224
Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya
Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, 825, Lingkungan Budi, 50603 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Map

📍 Share This Location


Ticket {{$t("Information")}}

{{$t("More info on this event")}}

Details

-

Location

Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya
Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, 825, Lingkungan Budi, 50603 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

{{$t("Terms and Conditions")}}

TERMA & SYARAT – KONSERT NOSTALGIA SERIKANDI 2026



1. Umum
•Konsert ini berkonsepkan Islamik dan menekankan nilai kesopanan, akhlak dan ketertiban.
•Semua pengunjung wajib mematuhi etika pemakaian, tingkah laku, dan garis panduan keselamatan seperti yang ditetapkan oleh pihak penganjur.



2. Kategori Tiket & Pembahagian Tempat Duduk Mengikut Jantina
•Tempat duduk dibahagikan kepada Zon Lelaki, Zon Perempuan, dan Zon Keluarga (suami isteri/mahram).
•Pembeli wajib memilih zon yang bersesuaian dengan jantina dan status mahram semasa pembelian tiket.
•Penganjur berhak mengalihkan tempat duduk sekiranya berlaku ketidakpatuhan kepada pembahagian zon ini.
•Zon yang telah dipilih tidak boleh ditukar selepas pembelian disahkan.



3. Kod Pemakaian (Dress Code)
•Semua hadirin wajib berpakaian sopan dan menutup aurat mengikut garis panduan syariah.
•Warna tema rasmi: pastel biru atau pastel ungu
Penganjur menggalakkan keseragaman warna sebagai simbolik kelembutan & perpaduan dalam acara.
•Pihak penganjur berhak melarang kemasukan mana-mana individu yang berpakaian tidak sesuai, tanpa sebarang bayaran balik.



4. Kanak-Kanak
•Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah TIDAK DIBENARKAN masuk ke dewan konsert dalam apa jua keadaan.
•Kanak-kanak berumur 13 tahun ke atas perlu memiliki tiket sah dan hanya dibenarkan berada di Zon Keluarga di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga.



5. Larangan
•Tidak dibenarkan membawa masuk: makanan dan minuman dari luar, rokok, vape, minuman keras, dan bahan terlarang.
•Makan dan minum dalam dewan tidak dibenarkan sama sekali.
•Kamera profesional, rakaman video tanpa kebenaran, dan siaran langsung adalah dilarang.



6. Polisi Tiket
•Semua pembelian tiket adalah muktamad, tidak boleh dipulangkan atau ditukar.
•Pembeli bertanggungjawab memastikan maklumat pembelian adalah tepat dan lengkap.



7. Hak Penganjur
•Penganjur berhak mengubah susunan tempat duduk, artis jemputan, atur cara, atau lokasi atas faktor teknikal dan keselamatan.
•Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi konsert.



8. Keselamatan & SOP
•Semua pengunjung diminta mematuhi SOP keselamatan yang berkuat kuasa pada tarikh acara.
•Pihak keselamatan berhak menolak atau mengeluarkan mana-mana individu yang melanggar arahan keselamatan.



9. Polisi Kemasukan & Tiket Palsu
•Pintu masuk akan ditutup 15 minit selepas konsert bermula. Kemasukan selepas waktu ini adalah atas budi bicara penganjur.
•Tiket hanya sah jika dibeli melalui saluran rasmi. Penganjur berhak menolak kemasukan jika tiket didapati palsu, tidak sah, atau telah digunakan lebih dari sekali.



10. Kod Tingkah Laku & Simbol
•Sebarang simbol, bendera, tulisan atau pakaian berunsur politik, perkauman, atau provokatif adalah dilarang sama sekali.
•Penganjur berhak mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menimbulkan suasana tidak harmoni.

ALUMNI PROJECT
The organizer did not describe themself much.
Scan & Share
http://t2u.asia/e/44224 
 
ALUMNI PROJECT
The organizer did not describe themself much.
Event Links
http://t2u.asia/e/44224 

{{$t("Check Shipping Status")}}

{{$t("Key in your tracking number to check shipping status")}}