Program pascasiswazah Fakulti Perubatan UKM yang bermula pada 1981 hanya dengan program Sarjana Doktor Pakar Pembedahan kini telah berkembang pesat dengan program pelbagai disiplin sama ada sarjana atau doktor falsafah. Pada masa ini, terdapat lebih daripada 2,000 pelajar yang sedang mendaftar dalam program pascasiswazah di jabatan-jabatan praklinikal dan klinikal. Persidangan ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada pelajar pascasiswazah bagi membentangkan hasil penyelidikan mereka, mendapatkan maklum balas daripada rakan penyelidik dan pakar, serta membina rangkaian kerjasama. Persidangan ini juga akan menjadi satu wadah perkongsian ilmu yang seterusnya dapat memupuk kerjasama antara para penyelidik ke arah inovasi dalam meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia. Penganjuran persidangan ini juga secara tidak langsung akan mempertingkatkan lagi kemahiran insaniah mereka termasuklah kemahiran sosial, kepimpinan, komunikasi, pemikiran kritis dan kerja berpasukan.
Tarikh akhir penghantaran abstrak: 18 September 2025 (Khamis).