LATAR BELAKANG.
“Neon Night Fun Run" ialah satu acara larian santai yang dilaksanakan untuk menarik penyertaan daripada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia atau tahap kecergasan. Tidak seperti acara maraton tradisional yang memerlukan persiapan dan ketahanan fizikal yang tinggi, "Fun Run" bertujuan untuk menggalakkan keseronokan dan rasa kekitaan dalam komuniti.
KONSEP
Neon Glow Light- Pakaian bertemakan Neon Glow In The Dark. Peserta berpeluang memenangi hadiah misteri bagi pertandingan pakaian mengikut tema kategori Individu dan Keluarga.
FORMAT LARIAN
3.5 KM FUN RUN. Larian santai bersama keluarga dan komuniti Labis.

