Pink Oktober Fun Run 2025 dianjurkan bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan objektif meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan sokongan masyarakat terhadap pentingnya pemeriksaan awal. Program ini menggabungkan elemen riadah, kesihatan dan kesedaran sosial dengan penglibatan komuniti setempat, belia, keluarga dan badan bukan kerajaan.
Penganjuran Pink Oktober Fun Run 2025 adalah selari dengan Dasar Kesihatan Negara (KKM) yang menekankan kepentingan pencegahan dan saringan awal kanser payudara sebagai penyakit tidak berjangkit utama. Program ini juga menyokong inisiatif Subsidi Ujian Mamogram LPPKN di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi memperluas capaian kesedaran serta tindakan awal Masyarakat.
Acara ini akan menampilkan konsep “Run in Pink” sejauh 5KM dengan beberapa checkpoint interaktif yang digelar sebagai Pink Pit Stop. Ia juga disokong dengan Pink Health Corner dan Emotional Touch Point sebagai simbol solidariti terhadap pesakit dan survivor.