1.Menyediakan platform saintifik serantau untuk pembentangan hasil penyelidikan terkini, perkongsian ilmu, dan perbincangan strategik dalam bidang kardiovaskular.
2.Memperkukuh jaringan profesional dan kerjasama rentas institusi dan negara dalam kalangan penyelidik, pakar perubatan, serta institusi akademik dan kesihatan di Asia Tenggara.
3.Meningkatkan penglibatan dan pembangunan kapasiti penyelidik muda melalui peluang pembelajaran, bimbingan, dan interaksi bersama pakar dalam komuniti penyelidikan kardiovaskular.