Kejohanan Sepak Raga Tuju LIF25 Cup

{{$t("Scan and Share")}}
{{$t("Scan the qr to open and share in mobile, or")}} {{$t("Click Here")}} {{$t("to copy the shareable link")}} http://t2u.asia/e/47177
Parking Lot Pekan Rabu Langkawi
Kuah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Map

📍 Share This Location


Event {{$t("Expired")}}
  • Pertandingan Sepak Raga Tuju LIF25 Cup menampilkan semangat kesukanan yang berpaksikan warisan tradisional Melayu. Acara ini bukan sekadar pertandingan, tetapi juga usaha memartabatkan sukan warisan agar terus dikenali oleh generasi muda.
  • Menarik penyertaan lebih daripada 50 pasukan dari pelbagai negeri.
  • Hadiah wang tunai sebanyak RM10,100 menanti pemenang-pemenang sehingga tempat ke-8.
  • Pelbagai hadian Cabutan Bertuah menanti para peserta pertandingan.
  • Selain perlawanan utama, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan muzik secara live, membeli belah di Iconic Food Festival, sesi Meet & Greet bersama Selebrity dan banyak lagi.

Ticket {{$t("Information")}}

{{$t("More info on this event")}}

Details

Pertandingan Sepak Raga Tuju LIF25 Cup merupakan salah satu acara utama dalam penganjuran Langkawi International Festival 2025 (LIF25) yang menampilkan elemen sukan tradisional warisan Melayu. Acara ini menghimpunkan pasukan-pasukan hebat dari seluruh negara untuk bersaing dalam sukan yang menguji ketangkasan, kawalan bola rotan, dan semangat berpasukan.

Pertandingan ini bertujuan untuk memartabatkan sukan tradisional agar terus relevan dan diminati generasi muda, selain memperkenalkan permainan warisan ini kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

Sepanjang kejohanan, peserta akan menunjukkan kemahiran menimang, menyepak, dan menjujuh bola rotan dengan teknik tersendiri dalam suasana yang penuh semangat dan meriah.


Pemenang akan menerima piala kejuaraan dan hadiah wang tunai.


Untuk maklumat lanjut: 

Mr. Firdaus 0174005510

Mr. Hisham 0193670736

Location

Parking Lot Pekan Rabu Langkawi
Kuah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

{{$t("Terms and Conditions")}}

PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK RAGA TUJU

1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN
1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang
Telah ditetakan oleh jawatankuasa pertandingan dan juga mengikut
Undang-undang yang telah ditetapkan oleh penganjur.

2.0 PENDAFTARAN PEMAIN
2.1 Setiap pasukan yang ingin bertanding mestilah mendaftar sebelum tarikh tutup penyertaan.
2.2 Setiap pasukan mestilah mendaftarkan nama pegawai dan nama
Pemain dengan lengkap.
2.3 Setiap pasukan terdiri daripada Empat Pemain termasuk Seorang
Pemain gantian.
2.4 Hanya pemain yang berdaftar dibenarkan bermain di dalam pertandingan ini.

3.0 FORMAT PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan akan dijalankan secara LIGA.
3.2 Setiap pasukan akan dibahagikan mengikut kumpulan, dan
Satu kumpulan akan disertai oleh Tiga Pasukan bertanding mengikut
Proses undian.
3.3 Di peringkat kumpulan, setiap perlawanan akan dilangsungkan
Sebanyak dua set sahaja. Manakala di peringkat kalah mati baru akan
dijalankan set ketiga ( set penentuan ) sekiranya keputusan berakhir
dengan keputusan seri.
3.4 Setiap set akan dijalankan dengan kiraan mata sebanyak 15 mata. Dan
Untuk set penentuan sebanyak 7 mata.
3.5 Setiap pasukan akan diberi Masa Rehat atau lebih dikenali dengan
“ Time Break” di setiap perlawanan sebanyak Satu Kali sahaja.
3.6 Sekiranya perlawanan tidak dapat dihabiskan dengan waktu yang
telah ditetapkan di atas sebab-sebab tertentu, Pihak Jawatankuasa
Pertandingan berhak membuat keputusan secara timbang tara
Di antara kedua-dua pasukan bagi menentukan pemenang.

4.0 KELEWATAN
4.1 Hanya 10 minit sahaja masa yang diberikan kepada pasukan
yang lewat dan selepas tamat tempoh masa tersebut, pihak lawan yang
berada di gelanggang akan diberikan kemenangan percuma.

5.0 PENANGGUHAN
5.1 Pertandingan ini tidak boleh ditangguhkan atas permainan mana-mana
Pasukan
5.2 Pihak jawatankuasa mempunyai kuasa penuh bagi menangguhkan
pertandingan jika terdapat masalah tertentu yang tidak dapat
dielakkan.

6.0 KUASA PENGADIL RASMI
6.1 Pengadil rasmi adalah berkuasa menentukan samada suatu
pertandingan itu boleh dijalankan atau tidak oleh kerana hujan gelanggang becak atau sebagainya, keputusan pengadil adalah
muktamad.

7.0 PAKAIAN DAN PERALATAN.
7.1 Semua pemain hendaklah berpakaian seragam ( berjersi )
7.2 Ketua pasukan hendaklah dilantik bagi setiap perlawanan dan
dikehendaki memakai tanda di lengan. ( Arm Band )
7.3 Bola pertandingan yang akan digunakan untuk pertandingan ini adalah
Bola Marathon 103.


8.0 MELANGGAR PERATURAN – PERATURAN

8.1 Jika didapati mana-mana pasukan yang bertanding di dalam
Pertandingan ini melanggar  peraturan-peraturan ini,
Jawatankuasa pengelola berkuasa mengambil apa-apa tindakan yang
wajar.

9.0 HAL – HAL YANG TIDAK DINYATAKAN.
9.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan
diputuskan oleh Jawatankuasa pertandingan yang telah dilantik
dan keputusannya adalah MUKTAMAD.

{{$t("More events or promo by")}}
GTEAM SERVICE & SUPPLY

Excellent Event Management
Scan & Share
http://t2u.asia/e/47177 
 
Excellent Event Management
Event Links
http://t2u.asia/e/47177 

{{$t("Check Shipping Status")}}

{{$t("Key in your tracking number to check shipping status")}}