ENGLISH WRITE-UP
Hikayat Luqmanul Hakim The Musical: The Scorpion Queen & The Leaf of a Thousand Lives emerges as a fresh, groundbreaking production setting a new benchmark for Malaysian performing arts. Staged in conjunction with Magistika Seni 2025 – AIxArts: Reimagining Performance, this work weaves the beauty of conventional artistry with modern creativity, delivering a spellbinding storytelling experience.
This production dazzles with stunning visuals, dynamic music, and a revitalized cultural interpretation—making it a performance that is soulful, relevant, and deeply resonant with today’s audiences.
Synopsis
After the death of his father, Luqman, an orphan, escapes the cruelty of his stepmother and stumbles into a fantastical insect realm ruled by the tyrannical Scorpion Queen. Obsessed with possessing the Leaf of a Thousand Lives, a mystical source of immortality guarded by the Beluncas Tribe, the Queen launches an assault to seize it.
Armed with his magical flute that enables him to communicate with insects, Luqman allies with the surviving Beluncas. Together, they devise a daring plan to sabotage the Queen’s ritual feast of the Leaf of a Thousand Lives using butterfly cocoons as their ultimate deception.
BAHASA MALAYSIA WRITE-UP
Teater Muzikal Hikayat Luqmanul Hakim: Ratu Jengking & Daun Seribu Nyawa hadir sebagai sebuah produksi segar dengan aspirasi aras baharu dalam seni persembahan Malaysia. Dipentaskan bersempena Magistika Seni 2025 – AIxArts: Nafas Baharu Seni Persembahan, karya ini menggabungkan keindahan seni konvensional dengan kreativiti moden bagi menghadirkan pengalaman penceritaan yang memukau dan penuh pesona.
Produksi ini menyerlah dengan visual yang mengagumkan, alunan muzik yang bertenaga, serta interpretasi budaya yang diperkasa semula—menjadikannya sebuah persembahan yang relevan, berjiwa, dan dekat di hati penonton masa kini.
Sinopsis
Selepas kematian ayahnya, Luqman, seorang anak yatim piatu, membawa diri setelah menghadapi keperitan hidup angkara kezaliman ibu tirinya. Langkah Luqman membawa beliau melalui satu pengembaran tidak terduga, tiba ke sebuah dunia fantasi serangga yang diperintah oleh Ratu Jengking yang kejam. Didorong oleh keghairahan untuk memiliki Daun Seribu Nyawa, sumber keabadian yang dijaga oleh Puak Beluncas, Ratu Jengking melancarkan serangan demi mendapatkan khazanah tersebut.
Berbekalkan seruling ajaib yang membolehkannya berkomunikasi dengan serangga, Luqman bergabung tenaga dengan Puak Beluncas yang terselamat. Mereka merangka satu muslihat berani untuk menggagalkan upacara santapan Daun Seribu Nyawa oleh Ratu Jengking menggunakan kepompong rama-rama sebagai helah utama.