SINOPSIS
Trem Bernama Desire mengisahkan Blanche DuBois, seorang wanita yang trauma dan hidup dalam dunia khayalan, yang datang menumpang di rumah adiknya, Stella di New Orleans setelah kehilangan tanah pusaka keluarganya. Kehadiran Blanche menimbulkan konflik bersama Stanley Kowalski, suami Stella yang berperwatakan keras, kasar dan berpijak kuat pada realiti. Pertembungan antara khayalan Blanche dan kenyataan hidup yang diwakili Stanley semakin membongkar, sehingga membuka satu demi satu rahsia silam Blanche dan menggugat kewarasan fikirannya. Pada akhirnya, Blanche tewas, sementara Stella terpaksa membuat pilihan yang menyakitkan demi meneruskan kehidupannya.