Cervivor Run merupakan acara larian kesedaran kanser serviks yang dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Puchong Batu 14 dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kelab Kebajikan PKD Petaling serta Panel Penasihat Klinik Kesihatan Puchong Batu 14, sempena Bulan Kesedaran Kanser Serviks.
Penganjuran acara ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan saringan awal dan langkah pencegahan kanser serviks demi kesihatan wanita secara menyeluruh.
Hadiah cabutan bertuah yang amat menarik dan lumayan menanti para peserta. Untuk maklumat lanjut termasuk reka bentuk T-shirt dan carta saiz, sila klik pada tab Details.