Terma dan Syarat Penyertaan Program
1. Pendaftaran dan Pembayaran
•Pendaftaran hanya dianggap sah setelah borang dalam talian dihantar dan bukti pembayaran diterima oleh pihak penganjur.
•Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 250.00 dan sistem Ticket2u akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 3.5% untuk setiap transaksi kepada setiap peserta. Yuran penyertaan mestilah dibayar selewat-lewatnya sehingga 8 Februari 2026.
•Pihak penganjur berhak menolak penyertaan sekiranya kuota telah penuh.
2. Dasar Pembatalan dan Pemulangan Wang
•Pembatalan oleh Peserta:
oTiada pemulangan wang akan dibuat kepada peserta yang tidak dapat hadir pada saat-saat akhir.
4. Kehadiran dan Sijil
•Sijil penyertaan hanya akan diberikan kepada peserta yang mencapai kehadiran minimum 80%.
•Peserta mestilah mendaftar kehadiran pada setiap sesi yang ditetapkan.
5. Kod Etika dan Tingkah Laku
•Peserta hendaklah berpakaian sopan dan menjaga tingkah laku sepanjang program berlangsung.
•Pihak penganjur berhak mengeluarkan mana-mana peserta yang mengganggu kelancaran program atau melanggar peraturan tanpa sebarang pemulangan yuran.
6. Hak Milik Intelek
•Semua bahan modul, nota, dan rakaman video (jika ada) adalah hak milik eksklusif Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan UKM
•Peserta dilarang menyalin, mengedar, atau menjual semula bahan program tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penganjur.
7. Rakaman dan Publisiti
•Pihak penganjur berhak mengambil foto atau rakaman video sepanjang program untuk tujuan dokumentasi, laporan, dan promosi masa hadapan.
•Dengan menyertai program ini, peserta memberikan keizinan untuk imej mereka digunakan dalam bahan pemasaran rasmi.
8. Perlindungan Data Peribadi (PDPA)
•Segala maklumat peribadi yang diberikan akan digunakan hanya untuk tujuan pengurusan program ini dan tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga tanpa kebenaran.