1. Pendaftaran dan Kelayakan
Pendaftaran: Semua peserta mesti mendaftar secara dalam talian melalui platform rasmi dan membayar yuran yang ditetapkan bagi mengesahkan penyertaan.
Ketepatan Maklumat: Peserta mesti memberikan maklumat yang benar dan tepat semasa pendaftaran.
Had Umur: Terbuka kepada semua peringkat umur.
Pengawasan: Peserta di bawah umur 15 tahun mesti ditemani dan dibawah pengawasan ibu bapa atau penjaga sepanjang acara.
Tidak Boleh Dipindah Milik: Pendaftaran yang telah disahkan tidak boleh dipindah milik kepada individu lain.
2. Polisi Bayaran Balik dan Perubahan Acara
Tiada Bayaran Balik: Yuran pendaftaran tidak akan dibayar balik sekiranya peserta menarik diri atau tidak hadir.
Perubahan Acara: Penganjur berhak untuk menangguhkan, mengubah atau membatalkan acara sekiranya berlaku cuaca buruk atau keadaan di luar kawalan, dan tiada bayaran balik akan diberikan.
3. Keselamatan dan Tatatertib
Keadaan Kesihatan: Peserta mesti memastikan diri mereka berada dalam keadaan fizikal yang sihat untuk menyertai acara.
Tanggungjawab Keselamatan: Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan diri mereka sepanjang acara.
Barangan Larangan: Haiwan peliharaan, papan luncur, kasut roda, basikal, dan kerusi roda tidak dibenarkan.
Pematuhan: Peserta mesti mematuhi laluan yang ditetapkan serta arahan daripada pegawai acara, marshal dan pihak keselamatan.
Pemakaian: Peserta digalakkan memakai pakaian dan kasut yang sesuai.
4. Pengambilan Race Kit
Kaedah Pengambilan:Race Kit (baju dan wrist band) mesti diambil sendiri atau oleh wakil yang diberi kuasa dengan mengemukakan slip pengesahan dan kad pengenalan.
Tiada Pengambilan Selepas Acara: Kit yang tidak diambil selepas tarikh yang ditetapkan akan dianggap terbatal.
Tiada Penghantaran Pos: Perkhidmatan penghantaran pos untuk race kit tidak disediakan.
Pertukaran Saiz: Pertukaran saiz baju tidak dibenarkan semasa atau selepas pengambilan kit. Saiz baju yang dipilih semasa pendaftaran adalah muktamad dan tertakluk kepada ketersediaan stok.
5. Liabiliti dan Pelepasan Tanggungjawab
Pelepasan Liabiliti: Penganjur, penaja dan rakan kerjasama tidak bertanggungjawab ke atas kecederaan diri, kematian atau kerosakan harta benda peribadi. Peserta bersetuju untuk melepaskan penganjur, penaja dan pihak berkaitan daripada sebarang tuntutan, kerugian atau liabiliti yang timbul akibat penyertaan dalam acara ini.
Kebenaran Penggunaan Media: Dengan menyertai acara ini, peserta bersetuju bahawa gambar, video atau rakaman yang diambil semasa acara boleh digunakan oleh penganjur untuk tujuan pemasaran, promosi dan dokumentasi tanpa sebarang tuntutan bayaran.