TERMA & SYARAT
Konsert Amal Harmoni Ummah
UNIC x INTEAM
Dokumen ini menetapkan terma dan syarat yang terpakai kepada semua penonton Konsert Amal Harmoni Ummah. Dengan pembelian dan/atau penggunaan tiket, penonton dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat berikut.
1. Tiket & Kemasukan
1.1 Semua harga tiket adalah tertakluk kepada caj pemprosesan dan/atau caj perkhidmatan yang dikenakan oleh platform penjualan tiket. Caj tersebut adalah berasingan dan tidak termasuk dalam harga tiket asal.
1.2 Tiket yang telah dibeli adalah tidak boleh dipulangkan, ditukar atau dipindah milik atas apa jua keadaan.
1.3 Setiap tiket melayakkan pemegangnya satu (1) kemasukan sahaja. Kemasukan semula ke dalam dewan tidak dibenarkan selepas penonton keluar.
1.4 Setiap tiket adalah sah untuk seorang (1) penonton sahaja, tanpa mengira umur, kecuali dinyatakan sebaliknya oleh pihak penganjur.
2. Tujuan Amal
2.1 Semua hasil jualan tiket merupakan sumbangan amal bagi tujuan kebajikan yang telah dimaklumkan oleh pihak penganjur.
2.2 Pembelian tiket ini dianggap sebagai persetujuan untuk menyumbang kepada tujuan amal dan bukan semata-mata suatu transaksi komersial.
3. Keselamatan & Tatatertib
3.1 Penonton hendaklah mematuhi semua peraturan keselamatan, arahan petugas, serta ketetapan pihak berkuasa sepanjang berlangsungnya konsert.
3.2 Penganjur berhak untuk menolak kemasukan atau mengeluarkan mana-mana individu yang didapati mengganggu ketenteraman awam, keselamatan atau kelancaran majlis.
3.3 Membawa masuk barang berbahaya, minuman keras, bahan terlarang, dadah, senjata atau apa-apa objek yang menyalahi undang-undang adalah dilarang sama sekali.
4. Rakaman & Media
4.1 Penganjur berhak untuk membuat rakaman foto, audio dan video sepanjang konsert bagi tujuan dokumentasi, liputan media dan promosi.
4.2 Dengan menghadiri konsert ini, penonton memberikan kebenaran penuh kepada penganjur untuk menggunakan wajah, imej atau rakaman penonton tanpa sebarang tuntutan bayaran atau notis lanjut.
5. Perubahan & Pembatalan
5.1 Penganjur berhak membuat sebarang perubahan terhadap atur cara, barisan artis, masa atau lokasi konsert sekiranya difikirkan perlu.
5.2 Sekiranya konsert dibatalkan atas sebab-sebab di luar kawalan pihak penganjur (force majeure), tiada pemulangan tiket akan dibuat.
6. Tanggungjawab Penonton
6.1 Penonton bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan penjagaan barangan peribadi masing-masing.
6.2 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan harta benda atau kecederaan yang berlaku akibat kecuaian penonton.
7. Pematuhan Undang-Undang
7.1 Semua terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada undang-undang serta peraturan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia.
Pihak penganjur berhak untuk mengubah terma dan syarat ini dari semasa ke semasa tanpa notis awal.