Karnival Usahawan Cilik kini kembali!
Satu karnival pendidikan dan komuniti yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merasai pengalaman sebenar berniaga melalui pelbagai aktiviti interaktif dan berstruktur.
Tujuan penganjuran:
Karnival ini dianjurkan bagi membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta pendedahan awal kepada dunia keusahawanan dalam kalangan kanak-kanak melalui pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar.
Antara pengisian utama karnival:
• Booth jualan usahawan cilik
• Pertandingan dan cabaran interaktif
• Kids Business Challenge – aktiviti di mana kanak-kanak boleh mendaftar dan mencuba pengalaman berniaga secara hands-on
Butiran program:
Tarikh: 7 Februari 2026
Lokasi: SACC Mall, Shah Alam
Karnival ini terbuka kepada orang awam dan sesuai untuk seisi keluarga.
Komuniti setempat dijemput hadir bagi menyokong pembangunan potensi dan keyakinan anak-anak.