Persidangan ini menawarkan platform penting untuk para sarjana, pengamal industri, dan pembuat dasar meneroka persoalan ini melalui kerangka modal intelektual—yang merangkumi dimensi manusia, struktur, dan hubungan. Kami menjemput sumbangan daripada pelbagai bidang termasuk perakaunan, kewangan, pengurusan, perniagaan, dan sumber manusia, dengan tema-tema kecil yang dicadangkan (namun tidak terhad kepada):
oPerakaunan & Kewangan: AI dalam pengauditan, pelaporan, percukaian, dan usaha membanteras salah laku kewangan.
oPengurusan, Strategi Pemasaran: Memanfaatkan modal intelektual untuk kelebihan daya saing dalam pasaran yang dipacu AI.
oSumber Manusia & Kepimpinan: Peningkatan kemahiran semula, pengekalan bakat, serta etika kerjasama manusia–AI dan pengurusan pengetahuan.
oPerniagaan & Masyarakat: AI, kelestarian, tanggungjawab sosial dan korporat, serta masa depan perniagaan beretika dan boleh dipercayai.
oTadbir Urus, Etika & Akauntabiliti: Memperkukuh tadbir urus korporat, ketelusan, dan akauntabiliti dalam era AI, termasuk aspek perundangan.
oPengurusan Risiko: Menilai semula nilai risiko dan peluang dalam era AI.