Selari dengan TERAS yang digagaskan Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu:
5.1BAKAT (TALENT)
Mencungkil, memantapkan dan mengembangkan potensi diri ke arah kecemerlangan. Potensi ini melibatkan corak pemikiran, perasaan atau tingkah laku yang berulang yang dapat diterapkan secara produktif. Bakat tidak dipelajari melainkan sifat semula jadi yang dapat dikembangkan melalui pengetahuan, pengalaman dan kemahiran.
5.2ETIKA (ETHICS)
Menekankan perlaksanaan tanggungjawab dengan kesungguhan dan keikhlasan berasaskan kepada asas keimanan dan moral. Warga UKM berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilakunya. Etika menjadi pentaakulan moral yang melibatkan pemikiran dan pertimbangan secara bebas.
5.3MEMPERKASAKAN (REVITALISE)
Pengukuhan fungsi, tanggungjawab, kemahiran dan jaringan dalam usaha untuk memperkembangkan potensi. Ia menjadikan seseorang itu hebat dan unggul dalam sesuatu tugasan atau bidang yang diceburi.
5.4KETANGKASAN (AGILE)
Keupayaan terkehadapan dan bersiap siaga dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan. Warga UKM yang tangkas adalah warga yang cepat, cergas dan pantas disertai dengan semangat yang tinggi.
5.5JIWA (SOUL)
Mempunyai jati diri kebangsaan, bersemangat dan beritizam untuk membangunkan universiti, masyarakat dan negara. Jiwa bererti benih kehidupan manusia yang meliputi pemikiran, keperibadian dan sinonim dengan roh dan akal. TERAS menjadi panduan kepada warga UKM untuk bekerja dalam satu hala tuju berpasukan. Kebitaraan
TERAS membolehkan warga UKM memberi fokus terhadap aspek yang dititikberatkan oleh UKM dan daripada kebitaraan ini prakarsa disumbangkan oleh pemikiran ahli akademik dan pentadbiran dalam usaha mencapai visi dan misi universiti.