Jabatan Otorinolaringologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan sokongan daripada Jabatan Pediatrik dan Universiti Malaya Medical Society sukacitanya menganjurkan 1st UMMC Paediatric Airway & Tracheostomy Fun Run 2026 bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan petugas kesihatan dan masyarakat mengenai kanak-kanak yang hidup dengan pelbagai masalah saluran pernafasan, termasuk mereka yang memerlukan sokongan trakeostomi. Inisiatif ini bertujuan memupuk pemahaman, empati dan keprihatinan dalam masyarakat.
Maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa: 7.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: UM Arena, Universiti Malaya
Acara ini menawarkan dua kategori larian santai; Kategori A terbuka kepada KANAK-KANAK berumur 7 hingga 12 tahun, melibatkan jarak larian sejauh 800 meter. Kategori B dikhaskan untuk KANAK-KANAK DENGAN TRAKEOSTOMI tanpa had umur, dengan laluan lebih pendek sejauh 400 meter bagi memastikan keselesaan dan keselamatan peserta. Peserta turut akan melalui stesen-stesen aktiviti interaktif bertemakan saluran pernafasan dan trakeostomi semasa larian. Bagi kategori B, setiap kanak-kanak akan ditemani oleh seorang penjaga sepanjang larian dan penggunaan kerusi roda dan stroller adalah dibenarkan.
Setiap KANAK-KANAK YANG BERDAFTAR akan menerima:
• Baju-T rasmi larian
• Pingat penamat
• Nombor bib larian
• Drawstring bag
• Patung lembut zirafah
Acara kami telah mendapat pengiktirafan rasmi bagi markah kokurikulum PAJSK daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL).
Para peserta juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik seperti mainan kanak-kanak dan baucar!
Bagi mereka yang ingin menunjukkan sokongan, T-shirt rasmi program turut dijual pada harga RM30. Para penyokong dijemput untuk mengunjungi Booth Penjagaan Trakeostomi bagi mempelajari asas penjagaan trakeostomi termasuk teknik ‘suctioning’ dan penukaran tiub trakeostomi.
Marilah bersama-sama menyokong kanak-kanak ini dan keluarga mereka, serta menjadi sebahagian daripada komuniti yang membantu setiap kanak-kanak berkembang maju dan mengejar impian mereka. Kerana —Every Breath Matters
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan berkaitan pendaftaran, sila hubungi kami melalui Instagram rasmi @paedstrachy2026 -- Kami sedia membantu!
—————————————————
The Department of Otorhinolaryngology, Universiti Malaya Medical Centre (UMMC), with support from our colleagues from Paediatric Department & University Malaya Medical Society is pleased to organise the 1st UMMC Paediatric Airway & Tracheostomy Fun Run 2026 to raise awareness among healthcare staff and the public about children living with various airway conditions, including those who require tracheostomy support.
This initiative aims to foster early awareness about these children, while promoting understanding, inclusivity, and compassion within the community.
The programme details are as follows:
Date: 10 October 2026 (Saturday)
Time: 7:00 AM – 12:00 PM
Venue: UM Arena, Universiti Malaya
The event features two fun run categories. Category A is open to CHILDREN aged 7 to 12 years old, covering a distance of 800 meters. Category B is specially dedicated to CHILDREN with TRACHEOSTOMY of ALL AGES, with a shorter 400 meter route to ensure comfort and safety. Participants will also pass through interactive activity stations themed around airway and tracheostomy care during the run. For Category B, each child will be accompanied by one guardian throughout the run and usage of wheelchairs and strollers are allowed.
Each REGISTERED CHILD will receive the following race kit:
* Official Fun Run T-shirt
* Finisher Medal & Certificate
* Running bib
* Drawstring bag
* Giraffe plush toy
Our event is officially recognised for PAJSK co-curriculum points by Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL).
Participants will also have a chance to win exciting lucky draw prizes, including toys and vouchers!
For those who wish to show their support, our event T-shirt is available for purchase at only RM30. Supporters are also invited to visit our Tracheostomy Care Booth to learn basic tracheostomy care, including suctioning and tracheostomy tube changing.
Join us in supporting these children and their families, and be part of a community that empowers every child to thrive and pursue their dreams. Because—Every Breath Matters
For any questions or assistance regarding registration, please feel free to contact us via our official instagram @paedstrachy2026 —we’re happy to help!




