Cinta Kejera mengisahkan pertembungan antara dua dunia berbeza, iaitu golongan kayangan dan manusia bumi. Kisah ini berpusat pada Puteri Kejera yang jatuh cinta dengan seorang manusia biasa, Putera Entigi. Namun, hubungan mereka mula diuji apabila Putera Gunggu, tunang kepada Puteri Kejera, bertindak menjejaki puteri tersebut ke bumi setelah menyedari kehilangannya.
Ketegangan semakin memuncak apabila Jelaing, pengikut setia Puteri Kejera, bertindak di luar batas dengan membunuh isteri Putera Entigi, Chemegi. Lebih mengeruhkan keadaan, Jelaing turut menukarkan wajah Chemegi dengan wajah Puteri Kejera bagi memastikan rahsia itu tidak terbongkar. Peristiwa ini menjadikan konflik semakin kompleks, sarat dengan emosi, pengkhianatan, serta dilema antara cinta dan tanggungjawab.