Konsert Gala Alumni Melodi Sepanjang Zaman

{{$t("Scan and Share")}}
{{$t("Scan the qr to open and share in mobile, or")}} {{$t("Click Here")}} {{$t("to copy the shareable link")}} http://t2u.asia/e/50150
Chancellor Tun Abdul Razak Hall
Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Off, Jalan Bunga Raya, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
Map

📍 Share This Location


a.Mengukuhkan hubungan silaturahim antara alumni dan universiti. 

b.Mewujudkan platform pertemuan semula (reunion) secara santai dan eksklusif. 

c.Meningkatkan penglibatan alumni dalam aktiviti anjuran Pusat Perhubungan Alumni. 

d.Menjana dana sokongan bagi program pembangunan alumni dan pelajar. 

e.Mengangkat imej universiti melalui penganjuran acara hiburan berprestij.

Ticket {{$t("Information")}}

{{$t("More info on this event")}}

Details

a.Mengukuhkan hubungan silaturahim antara alumni dan universiti. 

b.Mewujudkan platform pertemuan semula (reunion) secara santai dan eksklusif. 

c.Meningkatkan penglibatan alumni dalam aktiviti anjuran Pusat Perhubungan Alumni. 

d.Menjana dana sokongan bagi program pembangunan alumni dan pelajar. 

e.Mengangkat imej universiti melalui penganjuran acara hiburan berprestij.

Location

Chancellor Tun Abdul Razak Hall
Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Off, Jalan Bunga Raya, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

{{$t("Terms and Conditions")}}

Terma & Syarat 

Konsert Gala Alumni: Melodi Sepanjang Zaman 

Dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Pusat Perhubungan Alumni. 

Dengan pembelian, pemilikan atau penggunaan tiket ke konsert ini, para penonton dianggap telah memahami dan bersetuju dengan Terma & Syarat berikut: 

1. Kemasukan Umum 

1.1Setiap tiket yang sah hanya melayakkan kemasukan untuk seorang (1) penonton sahaja. 

1.2Semua penonton wajib menunjukkan tiket sah berserta kod QR untuk tujuan kemasukan. 

1.3Pihak penganjur berhak menolak kemasukan atau mengarahkan mana-mana individu keluar daripada venue sekiranya didapati berkelakuan tidak sesuai, mengganggu ketenteraman, membahayakan keselamatan, mabuk atau melanggar undang-undang tanpa sebarang bayaran balik. 

1.4Tiket yang didapati dipalsukan, diubah suai, dijual semula tanpa kebenaran atau diperoleh melalui saluran tidak rasmi boleh dibatalkan serta-merta. 

2. Pembelian Tiket & Kemasukan 

2.1 Tiket yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan atau ditukar kecuali dalam situasi yang dinyatakan di bawah Klausa 10. 

2.2Pembeli bertanggungjawab memastikan semua maklumat pada tiket adalah tepat semasa pembelian dilakukan. 

2.3 Tiket yang hilang, rosak, dipadam atau dicuri mungkin tidak akan diganti. 

2.4 Pihak penganjur berhak membuat pengesahan identiti bagi tujuan keselamatan atau pencegahan penipuan. 

2.5 Polisi keluar dan masuk semula venue adalah tertakluk kepada ketetapan pihak penganjur dan pengurusan venue. 

3. Perubahan Acara 

3.1 Pihak penganjur berhak untuk: 

Mengubah jadual acara, susunan tempat duduk, perjalanan program, artis persembahan atau susun atur venue sekiranya perlu. Menangguhkan, membatalkan, menghentikan sementara atau memberhentikan acara atas faktor keselamatan, teknikal, cuaca, arahan pihak berkuasa atau keadaan luar jangka. 

3.2 Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi penganjur dari semasa ke semasa. 

4. Tempat Duduk & Akses Venue 

4.1 Tempat duduk adalah tertakluk kepada kategori tiket dan ketersediaan. 

4.2 Pihak penganjur berhak mengubah atau menyusun semula tempat duduk atas faktor operasi, teknikal, keselamatan atau produksi. 

4.3 Kawasan tertentu mungkin dihadkan hanya kepada individu yang diberi kebenaran sahaja. 

5. Barangan Larangan & Tatakelakuan 

Penonton dilarang membawa: 

Senjata atau objek tajam 

Bahan terlarang 

Minuman beralkohol 

Bahan mudah terbakar 

Pen laser 

Dron 

Peralatan rakaman profesional tanpa kebenaran 

Sebarang item yang dianggap berbahaya atau mengganggu keselamatan 

Pihak penganjur berhak menjalankan pemeriksaan keselamatan dan pemeriksaan beg di semua pintu masuk. 

6. Fotografi, Rakaman & Media 

6.1 Pengambilan gambar dan rakaman pendek menggunakan telefon bimbit untuk kegunaan peribadi adalah dibenarkan kecuali dimaklumkan sebaliknya. 

6.2Rakaman profesional, siaran langsung atau penggunaan rakaman untuk tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penganjur adalah dilarang. 

6.3  Dengan menghadiri acara ini, penonton bersetuju bahawa imej, suara atau rakaman mereka boleh digunakan oleh pihak penganjur bagi tujuan promosi, pemasaran, dokumentasi atau siaran tanpa sebarang bayaran pampasan. 

7. Keselamatan 

7.1 Semua penonton hendaklah mematuhi arahan pihak penganjur, petugas acara, pengurusan venue dan pegawai keselamatan sepanjang acara berlangsung. 

7.2 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan harta benda atau kecederaan yang berlaku sepanjang acara kecuali sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang. 

7.3 Kehadiran ke acara ini adalah atas risiko sendiri. 

8. Makanan & Minuman Luar 

8.1 Makanan dan minuman dari luar mungkin tidak dibenarkan kecuali atas sebab kesihatan atau keperluan khas tertentu. 

8.2 Pihak penganjur dan pengurusan venue berhak merampas item yang tidak dibenarkan. 

9. Kod Etika Penonton 

Sebarang bentuk: 

Gangguan 

Keganasan 

Diskriminasi 

Perbuatan tidak sopan

Vandalisme 

Tingkah laku yang membahayakan keselamatan 

boleh menyebabkan individu tersebut diarahkan keluar dari venue tanpa bayaran balik dan tindakan lanjut boleh diambil oleh pihak berkuasa.

10. Polisi Bayaran Balik & Pembatalan 

10.1 Semua tiket yang telah dibeli adalah tidak boleh dipulangkan atau ditukar kecuali  acara dibatalkan secara rasmi oleh pihak penganjur. 

10.2 Sekiranya acara ditangguhkan, tiket yang telah dibeli akan kekal sah untuk tarikh  baharu melainkan dimaklumkan sebaliknya. 

10.3 Sebarang kelayakan bayaran balik adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi serta  prosedur yang ditetapkan oleh pihak penganjur. 

10.4 Caj tempahan, caj pemprosesan atau caj gerbang pembayaran mungkin tidak akan  dipulangkan. 

11. Force Majeure 

Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kegagalan atau kelewatan penganjuran acara disebabkan keadaan di luar kawalan seperti: 

Bencana alam 

Arahan pihak berkuasa 

Wabak penyakit 

Kebakaran 

Gangguan teknikal 

Ancaman awam 

12. Privasi & Data Peribadi 

12.1 Segala maklumat peribadi yang dikumpulkan semasa pembelian tiket atau pendaftaran akan digunakan hanya bagi tujuan pengurusan acara, komunikasi,   keselamatan, operasi dan pemasaran selaras dengan undang-undang Malaysia yang berkaitan. 

12.2 Dengan pembelian tiket, penonton bersetuju menerima komunikasi berkaitan acara     daripada pihak penganjur. 

13. Hak Pihak Penganjur 

13.1 Pihak penganjur berhak meminda Terma & Syarat ini tanpa notis awal sekiranya   perlu. 

13.2 Segala keputusan pihak penganjur berkaitan acara ini adalah muktamad. 

14. Saluran Rasmi 

Sebarang pengumuman dan maklumat rasmi berkaitan acara hendaklah dirujuk hanya melalui: 

Platform rasmi penganjur 

Platform rasmi rakan ticketing 

Media sosial rasmi acara dan penganjur 

Penjualan semula tiket tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali.

Pusat Perhubungan Alumni UKM
The organizer did not describe themself much.
Scan & Share
http://t2u.asia/e/50150 
 
Pusat Perhubungan Alumni UKM
The organizer did not describe themself much.
Event Links
http://t2u.asia/e/50150 

{{$t("Check Shipping Status")}}

{{$t("Key in your tracking number to check shipping status")}}