LATAR BELAKANG
Program JOJ NIGHT FUN RUN 2026 merupakan salah satu pengisian utama sempena Program Jelajah Orang Johor (JOJ) DUN Tenang yang dianjurkan bagi menggalakkan gaya hidup sihat, aktif dan sejahtera dalam kalangan masyarakat setempat. Program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan komuniti melalui aktiviti riadah yang santai, menarik dan sesuai disertai oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur.
KONSEP
Konsep larian pada waktu malam dipilih bagi mewujudkan suasana yang lebih meriah, unik dan berbeza daripada program larian konvensional. Dengan mengetengahkan tema “super hero” dan elemen cahaya neon, program ini bukan sahaja memberi pengalaman larian yang menyeronokkan malah mampu menarik penyertaan golongan belia, keluarga serta komuniti setempat.
FORMAT LARIAN
4.5 KM FUN RUN. Larian santai bersama keluarga dan komuniti Labis.