KONSERT GETRA 4.0

{{$t("Scan and Share")}}
{{$t("Scan the qr to open and share in mobile, or")}} {{$t("Click Here")}} {{$t("to copy the shareable link")}} http://t2u.asia/e/50306
Malaysia Art School
Pasir Gudang, 81750, Persiaran Sinaran Ilmu, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor, Malaysia
Map

📍 Share This Location



Ticket {{$t("Information")}}

{{$t("More info on this event")}}

Details

Sekolah Seni Malaysia Johor menganjurkan sebuah Konsert Gema Tradisi (Getra 4.0yang berkonsepkan persembahan muzik tradisional Melayu yang membawa anda kembali menghayati kekayaan seni budaya tradisional di Malaysia. Dalam edisi ketiga ini, Konsert Gema Tradisi (Getra 4.0) menjanjikan pengalaman yang memukau dengan persembahan seni warisan yang penuh keindahan dan keaslian.

Getra 4.0 mengangkat tema “Gema Tradisi Merentas Generasi” sebagai penghormatan kepada seni dan budaya yang menjadi identiti bangsa. Konsert ini akan menampilkan gabungan pelbagai bentuk seni tradisional seperti gamelan, caklempong, keroncong, kontemporari, eksperimental, fusion dan lain lain.


TAKSU RITMA, PENGEMBARAAN BERMULA

Kisah ini mengimbau suasana pada zaman 90-an, berpusat kepada Arjuna, seorang pemuda yang sangat taasub dan megah dengan muzik genre pop serta rock moden. Disebabkan keasyikannya melakukan pelbagai eksplorasi muzik barat dan moden, Arjuna mula memandang rendah dan menolak terus elemen serta genre muzik tradisional Melayu yang sepatutnya menjadi akar jiwanya. Baginya, segala muzik tradisional hanyalah sesuatu yang kolot dan ketinggalan zaman.

Melihat kedegilan tersebut, atuk Arjuna-seorang pejuang tegar muzik Melayu tradisional tampil menasihati cucunya itu agar kembali mendalami irama warisan warisan bangsa. Walau bagaimanapun, ego Arjuna yang tinggi menyebabkan dia menolak mentah-mentah nasihat tersebut. Pertelingkahan besar akhirnya tercetus di antara dua generasi ini, menyebabkan Arjuna berkecil hati lalu merajuk membawa diri.

Dalam rajuknya itu, takdir telah membawa Arjuna melangkah masuk ke alam bunian. Di sana, dia dipertemukan dengan Tok Selampit, seorang Adiguru muzik tradisional yang sangat dihormati di alam tersebut. Pengembaraan mistik Arjuna bermula apabila dia mula didedahkan dengan gabungan dentingan tembaga dan keindahan irama Melayu asli yang belum pernah dirasainya sebelum ini. Alunan magis tersebut mula meresap masuk dan menambat tangkai hati Arjuna, membuka mata dan jiwanya yang selama ini tertutup terhadap keindahan warisan sendiri.


Location

Malaysia Art School
Pasir Gudang, 81750, Persiaran Sinaran Ilmu, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor, Malaysia

{{$t("Terms and Conditions")}}

Kod Etika Pemakaian Semasa Menonton KONSERT GEMA TRADISI (GETRA 4.0)

  • Berpakaian kemas, sopan dan bersesuaian
  • Baju Kebangsaan
  • Baju Batik


Tidak Dibenarkan Memakai

  • Seluar jeans yang lusuh/koyak, seluar pendek, pakaian menjolok mata dan berselipar


PERINGATAN PENTING

  • Penyambut tetamu KONSERT GEMA TRADISI (GETRA 4.0) boleh menghalang sesiapa yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan daripada menonton persembahan.    
  • Tiket yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan atau ditukar.
  • Penonton mestilah berada di tempat duduk 15 minit lebih awal sebelum persembahan bermula.
  • Penonton yang lewat akan dibawa ke ruang menunggu sebelum dibenarkan masuk ke auditorium pada masa yang sesuai.
  • Kanak-kanak dibawah umur 4 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam auditorium.
  • Penonton tidak dibenarkan untuk merakam sebarang video semasa persembahan penuh KONSERT GEMA TRADISI (GETRA 4.0) dijalankan.
  • Penonton boleh merakam video pendek semasa konsert dijalankan dan meletakkan #muzikssemj #getra serta tag SENI MUZIK SSEMJ & SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR. 
  • Telefon bimbit haruslah dimatikan ataupun berada dalam mod SENYAP supaya tidak menganggu penonton yang lain semasa persembahan dijalankan.
  • Membawa makanan dan minuman ke dalam auditorium adalah tidak dibenarkan sama sekali.
  • Penonton dinasihatkan agar menjaga barang berharga. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kehilangan atau kerosakan terhadap barang tersebut.


Terima kasih dan Selamat Menonton KONSERT GEMA TRADISI (GETRA 4.0)


The organizer did not describe themself much.
Scan & Share
http://t2u.asia/e/50306 
 
The organizer did not describe themself much.
Event Links
http://t2u.asia/e/50306 

{{$t("Check Shipping Status")}}

{{$t("Key in your tracking number to check shipping status")}}