Program ini bertujuan untuk mengukuhkan usaha melahirkan lebih ramai kakitangan kesihatan yang kompeten dalam mengendalikan resusitasi neonatal; terutamanya dalam kalangan yang terlibat secara langsung dalam penjagaan dan rawatan bayi baru lahir.
Program ini adalah hasil kerjasama antara Jabatan Pediatrik, Fakulti Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (Hospital TABTAR).
Di samping latihan praktikal, program ini juga menyokong inisiatif penyelidikan dalam bidang penjagaan neonatal. Ia menyediakan peluang untuk menilai keberkesanan latihan resusitasi neonatal serta impaknya terhadap amalan klinikal bayi baru lahir. Ini selaras dengan hasrat untuk memperkukuh budaya penyelidikan berasaskan amalan klinikal.