RisSMart Fun Run 2026 merupakan sebuah acara larian yang dianjurkan oleh RisSMart Grocer, iaitu salah satu cabang perniagaan di bawah RISDA Holdings Sdn Bhd, dengan kerjasama strategik Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), RISDA. Acara ini dibawakan khas bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-68 pada tahun ini.
Mengangkat semangat kemerdekaan sebagai tema utama, acara ini diwujudkan sebagai platform untuk menyemarakkan rasa cinta kepada negara, menggalakkan gaya hidup sihat, serta menterjemahkan komitmen RISDA dalam membangunkan sosioekonomi komuniti yang progresif. Selain itu, ia menjadi medan terbaik bagi BPU untuk merapatkan hubungan bersama masyarakat disamping memperkenalkan jenama RisSMart Grocer dengan lebih dekat.
Menyemarakkan Semangat "Merdeka & Aktif"
Dengan menggabungkan semangat “Merdeka & Aktif”, RisSMart Fun Run 2026 bukan sekadar sebuah acara sukan semata-mata, tetapi merupakan simbol perjalanan bersama rakyat Malaysia yang melangkah seiring dalam membina komuniti yang lebih sihat, harmoni, dan berdaya maju.
Setiap langkah para peserta membawa makna tersendiri - melambangkan semangat perjuangan, kesungguhan, dan aspirasi untuk terus maju sebagai sebuah bangsa yang merdeka.
Melalui penganjuran ini, RisSMart Grocer bersama RISDA dan BPU berharap dapat memperkukuhkan ikatan ukhuwah bersama komuniti, menyokong ekosistem usahawan tempatan, serta meningkatkan kesedaran terhadap jenama sebagai destinasi pilihan yang memenuhi keperluan harian masyarakat.