1. Meningkatkan pengetahuan mengenai perkembangan terkini dalam penyelidikan klinikal, perubatan translasi, dan amalan berasaskan bukti.
2. Memupuk budaya penyelidikan dan pembelajaran berterusan dalam kalangan profesional kesihatan melalui perkongsian ilmu dan pengalaman.
3. Menyediakan platform akademik untuk pembentangan hasil penyelidikan dan inovasi melalui pembentangan lisan serta poster.
4. Memperkukuhkan kolaborasi antara hospital, institusi akademik, penyelidik, dan rakan industri bagi memperkasakan penyelidikan dan inovasi kesihatan.