Menyediakan kemahiran praktikal (Hands-on) yang intensif berasaskan aplikasi bioinformatik terkini untuk interpretasi varian klinikal, dengan kemahiran yang boleh terus diintegrasikan dalam penyelidikan toksikologi, genetik, mahupun amalan diagnostik.
Melahirkan barisan penyelidik dan pelajar pascasiswazah yang berkemahiran digital (alatan in silico) bagi memenuhi keperluan penyelidikan dan pasaran tenaga kerja genetik klinikal.
Meningkatkan kerjasama multidisiplin yang kukuh antara institusi akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan industri.