2-DAY WORKSHOP: CODELESS DATA ANALYTICS AND MACHINE LEARNING MODELLING

{{$t("Scan and Share")}}
{{$t("Scan the qr to open and share in mobile, or")}} {{$t("Click Here")}} {{$t("to copy the shareable link")}} http://t2u.asia/e/51899
BILIK MESYUARAT WATAN, BANGUNAN AKADEMIK, Faculty of Engineering and Built Environment
43600 Bangi, Selangor, Malaysia
Map

📍 Share This Location


1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep asas data analitik, machine learning dan visual programming. 

2. Membina kemahiran praktikal peserta dalam menggunakan KNIME Analytics Platform untuk penyediaan, transformasi, analisis dan visualisasi data. 

3. Membimbing peserta membangunkan model regresi dan klasifikasi menggunakan pendekatan codeless. 

4. Memberi kefahaman mengenai proses latihan, validasi dan penilaian prestasi model machine learning. 

5. Meningkatkan keupayaan pelajar, pensyarah, penyelidik dan profesional mengaplikasikan analitik data dan machine learning dalam bidang masing-masing

Ticket {{$t("Information")}}

{{$t("More info on this event")}}

Details

1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep asas data analitik, machine learning dan visual programming. 

2. Membina kemahiran praktikal peserta dalam menggunakan KNIME Analytics Platform untuk penyediaan, transformasi, analisis dan visualisasi data. 

3. Membimbing peserta membangunkan model regresi dan klasifikasi menggunakan pendekatan codeless. 

4. Memberi kefahaman mengenai proses latihan, validasi dan penilaian prestasi model machine learning. 

5. Meningkatkan keupayaan pelajar, pensyarah, penyelidik dan profesional mengaplikasikan analitik data dan machine learning dalam bidang masing-masing

Location

BILIK MESYUARAT WATAN, BANGUNAN AKADEMIK, Faculty of Engineering and Built Environment
43600 Bangi, Selangor, Malaysia

{{$t("Terms and Conditions")}}

Selamat datang ke 2-Day Workshop: Codeless Data Analytics and Machine Learning Modelling with KNIME Analytics Platform anjuran SUTRA, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

Dengan mendaftar untuk menyertai bengkel ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat berikut: 

1. Pendaftaran dan Pembayaran 

- Pendaftaran hanya dianggap sah setelah borang pendaftaran lengkap diterima dan bayaran penuh dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. 

- Yuran penyertaan adalah seperti berikut:  

- Pelajar: RM450  

- Pensyarah UKM: RM650 

 - Peserta Luar: RM800 

- Tempat adalah tertakluk kepada kekosongan dan pengesahan daripada pihak penganjur. 

- Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan (non-refundable) sekiranya peserta menarik diri atau tidak hadir ke bengkel. 

- Penganjur berhak membuat perubahan terhadap tarikh, tempat, jadual atau susunan program sekiranya terdapat keperluan yang tidak dapat dielakkan. Peserta akan dimaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan. 

2. Kehadiran dan Penyertaan 

- Bengkel akan diadakan pada 21–22 September 2026 (Isnin–Selasa), 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Bilik Mesyuarat Watan, Aras 2, Bangunan Akademik, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM. 

- Peserta hendaklah hadir mengikut masa dan jadual yang telah ditetapkan. 

- Peserta digalakkan menghadiri keseluruhan sesi bengkel bagi memastikan pembelajaran dan latihan dapat diikuti dengan sempurna. 

- Peserta hendaklah membawa komputer riba sendiri yang sesuai untuk menjalankan latihan sepanjang bengkel. 

- Peserta bertanggungjawab memastikan perisian dan keperluan teknikal yang dimaklumkan oleh pihak penganjur telah dipasang atau disediakan sebelum bengkel bermula. 

3. Keselamatan dan Harta Benda 

- Penganjur akan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya sepanjang bengkel berlangsung. 

- Peserta bertanggungjawab terhadap keselamatan komputer riba, telefon bimbit dan barangan peribadi masing-masing. 

- Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kecurian atau kerosakan barangan peribadi peserta sepanjang program berlangsung. 

- Peserta hendaklah memaklumkan kepada urusetia sekiranya mempunyai keadaan kesihatan atau keperluan khas yang boleh menjejaskan penyertaan dalam bengkel. 

4. Disiplin dan Kelakuan 


- Peserta hendaklah mematuhi arahan pihak penganjur, urusetia dan tenaga pengajar sepanjang bengkel. 

- Peserta hendaklah menjaga etika dan tingkah laku serta tidak mengganggu perjalanan sesi latihan atau peserta lain. 

- Penganjur berhak mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap peserta yang melakukan salah laku serius atau mengganggu kelancaran program. 

5. Kebenaran Gambar, Video dan Media 

Dengan menyertai bengkel ini, peserta memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk: 

- Merakam gambar, video dan/atau audio sepanjang program berlangsung. 

- Menggunakan bahan tersebut bagi tujuan dokumentasi, laporan, hebahan dan promosi program/aktiviti UKM, FKAB dan SUTRA, termasuk melalui laman web, media sosial, poster dan bahan penerbitan. 

- Penggunaan bahan tersebut tidak melibatkan sebarang bayaran atau royalti kepada peserta. 

6. Bahan Bengkel dan Harta Intelek 

- Nota, modul, slaid, data latihan dan bahan bengkel yang disediakan adalah untuk tujuan pembelajaran peserta. 

- Peserta tidak dibenarkan menghasilkan semula, mengedar, menjual atau menggunakan bahan bengkel bagi tujuan komersial tanpa kebenaran pihak penganjur atau pemilik bahan. 

- Sebarang perisian yang digunakan sepanjang bengkel adalah tertakluk kepada terma dan syarat lesen penyedia perisian masing-masing. 

Pengakuan Peserta 

“Saya dengan ini mengesahkan bahawa segala maklumat yang diberikan semasa pendaftaran adalah benar. Saya telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi semua Terma & Syarat Penyertaan 2-Day Workshop: Codeless Data Analytics and Machine Learning Modelling with KNIME Analytics Platform yang ditetapkan oleh pihak penganjur.”

FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
The organizer did not describe themself much.
Scan & Share
http://t2u.asia/e/51899 
 
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
The organizer did not describe themself much.
Event Links
http://t2u.asia/e/51899 
Follow This Event

{{$t("Check Shipping Status")}}

{{$t("Key in your tracking number to check shipping status")}}