'The PULSE RUN 5KM' sempena NILAI HEALTH FEST 2026

{{$t("Scan and Share")}}
{{$t("Scan the qr to open and share in mobile, or")}} {{$t("Click Here")}} {{$t("to copy the shareable link")}} http://t2u.asia/e/51950

📍 Share This Location

Program Fun Run ini bersempena Nilai Health Fest 2026 yang dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Nilai dengan kerjasama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Nilai dan Kelab Sukan, Kerohanian, dan Rekreasi (SUKER) Klinik Kesihatan Nilai.

Nilai Health Fest 2026 diadakan buat julung kalinya dengan menggabungkan 5 acara tahunan KKNilai dalam 1 temasya iaitu :

  • Sambutan Hari Kesedaran Mental
  • Sambutan Hari Diabetes Sedunia
  • Sambutan Hari Warga Emas
  • Sambutan Hari HIV dan STD
  • Program Shining Starz (Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja).

Ticket {{$t("Information")}}

{{$t("More info on this event")}}

Details

TARIKH
21 NOVEMBER 2026
MASA
6.45 AM - 1.00 PM
7.30AM (FLAG-OFF)
TEMPAT
DATARAN NILAI, NEGERI SEMBILAN
JARAK LARIAN
5KM
  • Pendaftaran dibuka untuk semua berumur 6 tahun ke atas.
  • Harga untuk dewasa adalah RM48 untuk 100 peserta yang terawal dan RM68 bagi harga biasa. Namun untuk saiz baju 4XL keatas akan di caj sebanyak RM8.
  • Harga untuk kanak-kanak RM45.
  • Pendaftaran dibuka pada 31hb Ogos 2026 sehingga 10hb Oktober 2026.

Location

Dataran Nilai
Persiaran Negeri Bandar Baru Nilai, Putra Point, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

{{$t("Terms and Conditions")}}

1. Pengambilan Kit Larian (T-shirt Acara, Bib Larian)

  • Tarikh & Masa Pengambilan :

    • Jumaat, 13 November 2026 – 2:45 petang hingga 6:00 petang

    • Sabtu, 14 November 2026 – 9:00 pagi hingga 6:00 petang

  • Tempat : KLINIK KESIHATAN NILAI (https://maps.app.goo.gl/iRzPd27VYp7Qjgcd8)

  • Peserta wajib membawa resit pendaftaran sebagai bukti. Salinan bercetak atau salinan digital akan diterima. Anda boleh menjadi wakil kepada peserta lain untuk pengambilan kit larian dengan menunjukkan resit pendaftaran.

  • Pengambilan kit larian pada hari larian berlangsung tidak akan dilayan sama sekali

  • Sila bawa beg kitar semula sendiri untuk pengambilan berkumpulan. Mesra alam!

  • Pertukaran saiz tidak dibenarkan pada hari pengambilan. Pihak penganjur akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi saiz T-shirt yang diisi oleh peserta pada borang pendaftaran. Walau bagaimanapun, jika terdapat sebarang ketidakserasian di luar kawalan penganjur, tiada jaminan saiz "betul" akan diberikan kepada pelari.

  • Memakai T-shirt rasmi acara sangat digalakkan.

  • Anda dikehendaki menulis nama dan nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan pada BIB LARIAN anda, dan hendaklah dipamerkan sepanjang acara berlangsung.

  • Medal akan diserahkan selepas anda selesai menghabiskan larian.

  • Peserta juga akan diberikan STRING BAG, E- SIJIL, & REFRESHMENT sejurus selepas menamatkan larian. Semua peserta juga selayaknya menerima Hadiah Cabutan Bertuah dengan menggunakan nombor pada Bib Larian.

2. Bayaran Balik

  • Sebaik sahaja bayaran penuh diterima, tiada bayaran balik (no refund) akan diberikan.

  • Pendaftaran yang disahkan tidak boleh dipindah milik kepada orang lain.

3. Titik Mula (Starting Point)

  • Titik mula adalah di Dataran Nilai, Negeri Sembilan.

  • Semua peserta mesti tiba di garisan permulaan pada 6:45 pagi dan pelepasan (flag-off) akan bermula pada 7:30 pagi tepat.

4. Laluan (Route)

  • Sila rujuk laluan secara atas talian (online).

  • Sila patuhi arahan yang diberikan oleh pegawai sepanjang laluan pada setiap masa.

  • Untuk mengelakkan kesesakan trafik, akan ada had masa untuk semua peserta. Sweeper vehicle mungkin digunakan untuk mengambil semua pelari yang tidak dapat menamatkan acara dalam masa yang ditetapkan (Do Not Finish).

  • Sekiranya mana-mana peserta enggan menaiki Sweeper Vehicle apabila diarahkan, maka keselamatan peserta tersebut bukan lagi tanggungjawab penganjur. 

5. Garisan Penamat (Finishing Point)

  • Garisan penamat juga akan berada di Dataran Nilai, Negeri Sembilan.

  • Apabila selesai, peserta perlu menunjukkan Bib Larian dan peserta akan menerima medal di kaunter yang telah ditetapkan.

  • Hanya mereka yang menghabiskan larian dalam masa yang ditetapkan sahaja yang layak menerima medal penamat (FINISHER).

  • Medal penamat mesti diambil pada hari larian selepas berjaya menamatkan larian. Jika peserta gagal mengambilnya pada waktu tersebut, ia akan dianggap sebagai lupus (forfeit).

  • Sila jangan berkumpul /sesak di kawasan penamat. Anda dikehendaki terus ke kawasan rehat/minuman secepat mungkin selepas menerima medal anda.

6. Had Masa

  • Had masa adalah 1 jam 30 minit.

7. Penarikan Diri

  • Mana-mana peserta yang ingin menarik diri semasa acara, hendaklah menyerahkan BIB LARIAN anda kepada mana-mana pegawai di sepanjang laluan dan tiada bayaran balik (no refund) akan diberikan.

8. Nasihat Perubatan

  • Sebagai langkah berjaga-jaga, semua peserta dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum tarikh acara.

  • Bantuan perubatan: Penganjur menempatkan pasukan perubatan yang meronda di sepanjang laluan. Walau bagaimanapun, peserta diminta menjaga keselamatan diri sendiri.

  • Jika peserta memerlukan bantuan perubatan, sila dapatkan bantuan daripada urusetia terdekat.

9. Keselamatan

  • Peserta mesti berlari di atas jalan raya dan laluan yang telah ditetapkan kecuali apabila diarahkan oleh pegawai atau polis.

  • Kenderaan tidak dibenarkan untuk mengiringi peserta.

  • Haiwan peliharaan, basikal, kasut roda (inline skates), troli, kasut dengan roda dalam atau yang dipasang, dan sebarang objek beroda lain tidak dibenarkan di laluan, kecuali kenderaan rasmi perlumbaan dan pasukan perubatan. 

  • Sekiranya peserta yang menyertai larian ingin membawa stroller (anak) bersama adalah dibenarkan.

10. Lain-lain

  • Acara ini dibuka kepada semua berumur 6 tahun ke atas.

  • Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan, kerugian, kerosakan, kematian, dan kejadian tidak diingini sepanjang acara berlangsung.

  • Penganjur berhak meminda atau membuat perubahan pada peraturan acara, terma dan syarat, laluan larian atau susunan lain mengikut kesesuaian, untuk membatalkan, menunda atau menjadualkan semula acara kepada satu tarikh yang akan ditetapkan. Pengajur akan memaklumkan kepada peserta sebelum tarikh larian bermula. Penganjur tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian atau kesulitan yang disebabkan oleh perubahan / pindaan tersebut.

  • Semua peserta, urusetia dan petugas mesti mempamerkan sikap sopan santun, adab yang baik, dan semangat kesukanan pada setiap masa. Perbuatan yang tidak sopan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

  • Semua keputusan oleh penganjur adalah muktamad, dan sebarang pertikaian tidak akan dilayan.

Pengakuan Persetujuan Peserta:

Saya bersetuju untuk menyertai The PULSE RUN 2026, atas perkara berikut:

  • Saya menepati umur yang disyaratkan pada hari penyertaan saya dalam acara ini.
  • Dengan menyertai acara ini, saya menerima semua risiko yang wujud dalam penyertaan ini, yang mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan sementara atau kekal.

  • Saya faham bahawa saya meletakkan kenderaan saya atas risiko saya sendiri.

  • Saya mengakui bahawa acara ini membawa risiko kecederaan serius atau kematian, yang mungkin timbul daripada pelbagai punca termasuk keletihan melampau (overexertion), dehidrasi, kemalangan dengan peserta lain, pengguna jalan raya, keadaan laluan serta cuaca, dan lain-lain.

  • Saya bersetuju untuk mematuhi semua peraturan penganjur yang sebahagiannya berkaitan dengan amalan sukan yang selamat dan adil.

  • Saya faham bahawa maklumat yang saya berikan di sini akan dimasukkan ke dalam pangkalan data Ticket2u dan Penganjur.

  • Saya memberi hak tanpa syarat kepada penganjur, penganjur bersama, dan penaja untuk menggunakan imej fotografi dan maklumat peribadi dalam sebarang bentuk media, seni, pengiklanan, perdagangan, dokumentari visual, bahan promosi, kempen promosi, barangan (merchandise), atau liputan filem dalam apa jua bentuk mengikut budi bicara mutlak mereka tanpa pampasan kepada saya.

{{$t("More events or promo by")}}
KLINIK KESIHATAN NILAI

The organizer did not describe themself much.
Scan & Share
http://t2u.asia/e/51950 
 
The organizer did not describe themself much.
Event Links
http://t2u.asia/e/51950 

{{$t("Check Shipping Status")}}

{{$t("Key in your tracking number to check shipping status")}}