TERMA & SYARAT 1 — ACARA (EVENT)
JOM MENGOPI 5.0, 11 November 2026
Atur Cara Acara
MYFOODIE berhak membuat perubahan kepada atur cara, penceramah, atau venue atas sebab-sebab di luar kawalan. Notis awal akan diberikan kepada peserta berdaftar.
Kelakuan Peserta
Peserta diminta berkelakuan sopan dan mematuhi arahan pihak penganjur/petugas sepanjang acara. Penganjur berhak menolak kemasukan atau mengeluarkan mana-mana individu yang mengganggu ketenteraman acara.
Media & Fotografi
Dengan kehadiran di acara ini, peserta bersetuju imej/video mereka mungkin dirakam untuk tujuan promosi dan dokumentasi rasmi MYFOODIE.
Had Liabiliti
MYFOODIE tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kecederaan atau kerosakan harta benda peserta sepanjang acara, kecuali disebabkan kecuaian pihak penganjur.
Force Majeure
Penganjur tidak bertanggungjawab atas penangguhan/pembatalan acara disebabkan keadaan di luar kawalan (bencana alam, arahan kerajaan, dll.).
Privasi Data
Maklumat peribadi yang dikumpul semasa pendaftaran digunakan semata-mata untuk pengurusan acara dan komunikasi berkaitan
REMINDER PESERTA JOM MENGOPI 5.0
Peserta digalakkan menggunakan pengangkutan awam (public transport) kerana slot parkir di lokasi program adalah terhad.
Terima kasih atas kerjasama anda. Jumpa anda di Jom Mengopi 5.0.