AMPS Musical Drama 2026: A Celebration of Culture, Talent & Giving Back
Join us on 21 November 2026 for a spectacular musical drama proudly presented by the Bahasa Melayu and Music Departments of Adcote Matrix Private School.
This special production showcases the creativity and talents of our students as they bring the richness of Malay culture, traditions, and storytelling to life through music, drama, and captivating performances.
Beyond celebrating the performing arts, this event also promotes compassion and community spirit, with a portion of the funds raised donated to a charitable home.
Come and support our talented students while celebrating cultural heritage and contributing to a meaningful cause. Together, let's make this an unforgettable celebration of talent, culture, and kindness!

Sinopsis: Drama Muzikal Minah Jenin
Minah Jenin merupakan seorang gadis yang gemar berangan-angan dan sering membayangkan dirinya berada dalam dunia yang penuh dengan keajaiban. Sikapnya yang suka berkhayal menyebabkan dia sering hanyut dalam imaginasi sehingga tidak menyedari keadaan di sekelilingnya. Namun, siapa sangka angan-angannya telah membawanya mengembara ke alam dongeng yang penuh dengan kejutan dan pengalaman yang tidak disangka-sangka!
Dalam pengembaraan tersebut, Minah Jenin telah merentasi beberapa kisah dongeng rakyat Melayu yang terkenal. Dia terlebih dahulu dibawa ke alam Puteri Gunung Ledang, lalu menyaksikan kisah peminangan puteri yang penuh dengan syarat-syarat luar biasa..
Pengembaraannya diteruskan ke zaman kegemilangan Hang Tuah Lima Bersaudara. Di sana, Minah Jenin bertemu dengan lima pahlawan Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kesetiaan mereka. Pelbagai situasi lucu tercetus apabila Minah Jenin cuba menyesuaikan dirinya dengan kehidupan para pahlawan.
Seterusnya, Minah Jenin bertemu dengan watak Lebai Malang yang sering berhadapan dengan nasib malang akibat sikapnya yang tidak bijak membuat keputusan. Pertemuan ini mengundang pelbagai adegan menggelikan hati dan menyedarkan Minah Jenin tentang pentingnya berfikir sebelum bertindak.
Tidak terhenti di situ, Minah Jenin turut memasuki kisah Bawang Merah dan Bawang Putih. Dia menyaksikan sendiri konflik antara dua adik-beradik yang berbeza sikap dan keperibadian. Kisah ini membuka matanya tentang erti kesabaran, kebaikan hati dan keadilan.
Sepanjang pengembaraan merentasi dunia dongeng tersebut, Minah Jenin berhadapan dengan pelbagai peristiwa lucu, kekalutan dan kejutan yang menghiburkan. Setiap kisah yang dilaluinya memberikan pengalaman serta pengajaran yang berharga tentang kehidupan.
Akhirnya, Minah Jenin menyedari bahawa angan-angan semata-mata tidak akan membawa seseorang ke mana-mana tanpa usaha dan tindakan. Pengembaraan luar biasanya bukan sahaja menghiburkan, malah mengingatkan penonton tentang kepentingan kebijaksanaan, keberanian, kesetiaan, kejujuran dan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Sinopsis: Drama Muzikal Puteri Gunung Ledang
Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah cerita legenda Melayu yang terkenal dan berkisarkan tentang seorang puteri jelita yang tinggal di puncak Gunung Ledang. Kecantikan puteri tersebut telah menarik perhatian Sultan Mahmud Shah, pemerintah Kesultanan Melayu Melaka, sehingga baginda berhasrat untuk memperisterikannya.
Baginda telah mengutuskan rombongan peminangan yang diketuai oleh Laksamana Hang Tuah untuk menyampaikan hasrat tersebut kepada Puteri Gunung Ledang. Setelah tiba di Gunung Ledang, rombongan itu berjaya bertemu dengan wakil puteri yang menyampaikan tujuh syarat peminangan yang luar biasa dan sukar dipenuhi oleh Sultan.
Antara syarat tersebut termasuklah jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang, jambatan perak, tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara, tujuh tempayan air pinang muda serta semangkuk darah anak Sultan sendiri.
Sultan Mahmud Shah sanggup memenuhi hampir semua syarat tersebut kerana terlalu ingin memperisterikan Puteri Gunung Ledang. Namun, apabila tiba kepada syarat terakhir yang melibatkan darah anakanda baginda, Sultan mula menyedari bahawa keinginannya itu membawa pengorbanan yang terlalu besar.
Akhirnya, hasrat Sultan untuk memperisterikan Puteri Gunung Ledang tidak kesampaian. Puteri tersebut tetap tidak menjadi isteri Sultan Mahmud Shah dan terus tinggal di Gunung Ledang.
Cerita ini mengisahkan tentang keinginan, kekuasaan, pengorbanan dan kebijaksanaan serta memberikan pengajaran bahawa seseorang tidak seharusnya terlalu mengikut kehendak diri sehingga sanggup mengorbankan perkara yang lebih berharga.