Dialog IMAN Research #2 - Islam: Aku, Kau dan Kita

0 Days
0 Hours
0 Minutes
0 Seconds
{{$t("Scan and Share")}}
{{$t("Scan the qr to open and share in mobile, or")}} {{$t("Click Here")}} {{$t("to copy the shareable link")}} http://t2u.asia/e/6627

Event {{$t("Expired")}}
MCCHR Pusat Rakyat LB
MCCHR Pusat Rakyat LB, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia

{{$t("More info on this event")}}

Details

Dialog IMAN Research #2 - Islam: Aku, Kau dan Kita will be organized at MCCHR Pusat Rakyat LB on 13th August 2016 (Saturday).

* For more information, please visit this website https://www.facebook.com/events/1065768166833126/

Pada tahun 2005, Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi, menyertai beberapa lagi pemimpin negara,dalam menyatakan sokongan untuk Deklarasi Risalah Amman.
Deklarasi ini, yang merupakan inisiatif daripada Raja Jordan, meminta fatwa daripada ulama-ulama ternama pelbagai aliran Islam untuk menjelaskan isu siapakah itu Muslim, dan dalam menjawab persoalan tersebut mereka menyatakan yang sesiapa yang berpegang kepada lapan mazhab Islam itu merupakan Muslim dan haram untuk mereka dikafirkan, malah haram juga untuk mengafirkan mana-mana kumpulan muslim yang percaya kepada Allah SWT, Rasulnya, rukun iman dan rukun islam dan tidak menafikan apa-apa ajaran agama yang jelas.

Deklarasi ini yang lebih dikenali sebagai Amman Message ini dikatakan satu usaha ijma’ ulama yang berjaya, memberi panduan kepada umat Islam untuk bersikap lebih terbuka terhadap perbezaan-perbezaan yang wujud di antara mereka dan tidak sewenang-wenangnya mengkafirkan antara satu sama lain.

Akan tetapi di Malaysia, Deklarasi Risalah Amman ini tidak mendapat perhatian yang meluas. Malah keterbukaan yang dianjurkan risalah tersebut nampaknya tidak mendapat tempat di negara ini, di mana bentuk agama Islam yang betul untuk dianut, diamalkan dan disebarkan, masih hak tetapan mutlak badan rasmi agama.

Kita harus akui perbezaan dan kemajmukan merupakan sebahagian daripada citra identiti Islam di nusantara. Namun, perkara sebaliknya telah terjadi. Kita tidak lagi menganggap bahawa Islam adalah agama yang bertolak ansur dan inklusif, sepertimana yang sering disebut oleh intelektual terkemuka Indonesia, Dr Nurcholish Majdid sebagai Islam Kultural. Malah sejak kebelakangan ini, kita sering ditemukan dengan pemahaman jalur keras yang cuba mencetuskan kecurigaan terhadap perbezaan pendapat, lantas menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam atas nama perbezaan.

Adakah ketegasan ini hasil daripada corak perkembangan perundangan Islam di Tanah Melayu yang tersendiri, di mana fatwa itu bukan sekadar pandangan ulama tetapi undang-undang negeri yang tidak boleh dipersoal?

Adakah konsep dan usaha “mengelakkan kekeliruan” oleh badan-badan rasmi untuk menghalang sebarang aktiviti dan kepercayaan yang dianggap menyimpang sesuatu yang perlu ada? Dan apakah implikasinya terhadap penganut Islam di negara ini?

Mengapa ekspresi Islam di Malaysia mengambil rupa yang berbeza daripada negara lain, seperti di Indonesia dan Mesir, misalnya?

Panelis:
Norhayati Kaprawi - Aktivis/Pembikin Dokumentari
Marwan Bukhari - Penulis/Penterjemah
Prof Dr Faridah Manaf - Pensyarah, UIA

Moderator: Lutfi Hakim

Location

MCCHR Pusat Rakyat LB
MCCHR Pusat Rakyat LB, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia

IMAN Research
IMAN seeks to understand a country and a society on a national, regional and global scale, by understanding what makes society tick from the following perspectives of faith, history, social science, psychology, to name a few, and these create an image that may damage or enhance nation.
Scan & Share
http://t2u.asia/e/6627 

Dialog IMAN Research #2 - Islam: Aku, Kau dan Kita

MCCHR Pusat Rakyat LB
MCCHR Pusat Rakyat LB, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
0 Days
0 Hours
0 Minutes
0 Seconds

Event Expired

Event Links
http://t2u.asia/e/6627 
Follow This Event

{{$t("Check Shipping Status")}}

{{$t("Key in your tracking number to check shipping status")}}