Syair Alam Melayu Nusantara

Auditorium, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
0 Days
0 Hours
0 Minutes
0 Seconds

Event Expired

Syair Alam Melayu Nusantara will be organized at Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Malaysia on 22nd - 23rd September 2016 (Thursday - Friday).

* For more information, please visit this website https://www.facebook.com/events/185105158566925/

Bertemakan "Syair Rentas Benua", buat pertama kalinya program yang mengangkat tinggi syair dengan penglibatan negara-negara ASEAN, iaitu Syair Alam Melayu Nusantara akan diadakan pada 22 dan 23 September 2016 di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Program anjuran Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Akademi SENI ND LALA dan UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA [USIM] ini akan menjadi antara pengisian genre SASTERA dalam DiverseCity 2016: Festival Seni Antarabangsa Kuala Lumpur.

Selain memperkenalkan dan mempopularkan semula syair kepada generasi sekarang, program ini menjadi pentas untuk berkongsi ilmu daripada panel pakar syair kepada semua peserta yang datang dari serata tanah air, Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei. Program yang bertemakan Syair Rentas Benua ini berkonsepkan kebersamaan dalam perkongsian ilmu dan kreativiti. 

Dengan ucap tamanya disampaikan oleh Dr. Harun Mat Piah, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Syair Alam Melayu Nusantara ini dibahagikan kepada tiga (3) program, iaitu Seminar Syair Alam Melayu Nusantara, Bengkel Syair Alam Melayu Nusantara, dan kemuncaknya adalah Malam Persembahan Syair Alam Melayu Nusantara, persembahan syair gabungan peserta negara ASEAN.

Seminar dan bengkel sehari akan melibatkan banyak tokoh dan sasterawan dari dalam dan luar negara. Antara panel yang akan membentangkan kertas kerja adalah: 
- Sasterawan Negara Dato’ Dr. Zurinah Hassan (Perjalanan Melestari Syair dari Aspek Isi dan Melodi)
- Mohd Fauzi Abdullah (Pembugaran Irama Syair dalam Kalangan Guru-guru Bahasa Melayu di Malaysia)
- Drs. Sahril (Meneroka Irama Pendendang Syair Melayu; Satu Kajian Etnopuitika-Indonesia)
- Idawati, M.A. (Keberadaan Irama Syair Melayu di Riau: Suatu Tinjauan Fenomenologi-Indonesia)
- Pehin Dato’ Haji Abd Ghani Rahim (Lagu-lagu dalam Tradisi Menambang Syair di Negara Brunei Darussalam)
- Saliha Musor (Menjejaki Warisan Menggali Akar: Kajian Terhadap Irama Syair Patani-Selatan Thailand). 

Dua slot lagi dalam bengkel Syair Alam Melayu Nusantara ini adalah Irama-irama Syair Alam Melayu Nusantara dan Aspek Persembahan Syair Alam Melayu Nusantara yang dikendalikan oleh fasilitator dari Malaysia dan Indonesia, iaitu: - Zarina Saamah
- Syed Indera Syed Omar (SISO)
- Amir Atan
- Roslan Madun
- Aisyah Muda
- Idawati M

Yuran penyertaan sebanyak RM30.00 dikenakan serta akan diberikan senaskhah buku terbitan terkini ITBM berjudul Syair Alam Melayu Nusantara dan sijil. Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian menerusi samn2016.blogspot.my.

Untuk persembahan Syair Alam Melayu Nusantara pada 23 September, pukul 8.30 malam di Auditorium DBP, berikut adalah pendendang yang akan membuat persembahan:

- Hazwan Haziq Rosebi @ Haziq AF (Malaysia)
- Shafa'atussara Silahudin (Malaysia)
- Zafirah Bahiah Hassan (Malaysia)
- Nur Amelyana Noor Kamaruzaman (Malaysia) 
- Rusmawani Ishak (Malaysia)
- Nur Ameera Nabila Azmi (Malaysia)
- Musliha Wardana Tanjung Pinang, Kepulauan Riau) 
- Syahprizal Ar, Ss. (Medan, Sumatera Utara) 
- Juspebgo Setiawan (Pekanbaru, Riau, Sumatera) 
- Nelly Alie (Kota Dumai, Sumatera)
- Noor Hawadah Ramle (Brunei)
- Hanafi Idrus (Singapura) 
- Suraya Masenbangi (Selatan Thailand)

Location Map