Rimbathon 2016

Rover Track, FRIM, Kepong, 52100, Kepong, WP Kuala Lumpur, Malaysia
0 Days
0 Hours
0 Minutes
0 Seconds

Event Expired

Rimbathon 2016 will be organized at Rover Track, FRIM on 8th October 2016 (Saturday).

* For online registration, please visit this website https://www.facebook.com/FRIMKepong/photos/a.1121341737901134.1073742178.114665458568772/1121341794567795/?type=3&theater

JOM SERTAI RIMBATHON 2016

Antara aktiviti menarik yang akan dilaksanakan sempena Sambutan Ulang Tahun FRIM ke-31 adalah Rimbathon (larian rimba) serta 'Rover Walk' yang menggunakan laluan Denai Rover (Rover Track) FRIM pada Sabtu, 8 Oktober.

Denai Rover merupakan laluan hutan yang amat popular di kalangan pengunjung FRIM tetapi telah ditutup sejak Oktober 2015 bagi memelihara ekosistem sekeliling.

Laluan tersebut akan dibuka secara eksklusif kepada pengunjung khas untuk sambutan kali ini.

Rimbathon 2016 ini dianjurkan oleh Kelab FRIM dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak. Program ini juga dilaksanakan sempena sambutan Hari Sukan Negara.

Antara aktiviti lain adalah Majlis Pelancaran Akta FRIM oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Penyerahan Sijil Ahli Anggota Institut, Penyerahan Sijil Malaysia Book of Record (MBOR), Pelancaran Pertandingan Fotografi dan 'Flag Off' Peserta Rimbathon.

Marilah beriadah di FRIM bersama rakan-rakan dan keluarga sambil menikmati keindahan dan kesegaran hutan. Penyertaan Rimbathon adalah PERCUMA. Pendaftaran seawal jam 7.30 pagi di Dataran FRIM. Pakailah pakaian sukan yang bersesuaian.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi Kelab FRIM:
Nasir Dayat 013-3518779
Abdul Majid Jalil 012-9501411
Zaridah Mohd Zaki 019-3949979
Edi Hermi Ramli 013-3001761
frim_ccu@frim.gov.my

Location Map