Siri Pengajian Kitāb al-'Ilm Imam al-Ghazzali

Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation, Jalan Semarak, 54100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
0 Days
0 Hours
0 Minutes
0 Seconds

Event Expired

Siri Pengajian Kitāb al-'Ilm Imam al-Ghazzali will be organized at Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation on 9th October 2016 (Sunday).

* For more information, please visit this website https://www.facebook.com/events/337726926571706/

Siri Pengajian ini akan meneliti sebuah karya agung dalam tamadun Islam yang telah menjadi panduan menuntut ilmu dan membina adab selama hampir 900 tahun di serata dunia Islam. Ianya akan di syarah dan di terjemahkan oleh Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah ke dalam Bahasa Melayu berdasarkan teks asal dalam Bahasa Arab. Terbuka kepada semua penuntut ilmu, tidak kira latar belakang. Setiap Ahad, bermula 9 Oktober 2016.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Saudara Fahroni Hamdan: 01139024977 atau emel hfahroni@gmail.com

Latar belakang pensyarah:
(Pernah) bertugas sebagai Profesor Madya di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM). Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dengan pengkhususan Aqidah dan Falsafah (1992), Sarjana Falsafah Islam dari Fakulti Dar al-‘Ulum, Universiti Kaherah (1998) dengan kajian bertajuk: al-Ilahiyyat min al-Mu’tabar li Abi al-Barakat al-Baghdadi: Tahqiq wa Dirasah; dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pemikiran Islam dari ISTAC (2007), dengan kajian bertajuk: Abu al-Barakat al-Baghdadi’s Psychology and Its Place in Islamic Philosophy: A Critical Edition of Kitab al-Nafs from al-Mu’tabar fi al-Hikmah, with An Analysis and Annotated Translation of Selected Texts.

Beliau aktif dalam pelbagai aktiviti ilmiah termasuk pembentangan kertas kerja seminar di dalam dan di luar negara termasuk di Indonesia, Iran, Greece, Jerman, Holland dan Kosovo, dan pernah menjadi Felo Penyelidik di Fakulti Falsafah, Universiti Leiden (Feb-Jul. 2008 dan Jun-Okt. 2009) dan di Centre d’Histoire des Sciences et des Philosophies Arabes et Islamiques, Universiti Paris 7, Paris (Okt-Nov 2009). Beliau telah menerbitkan makalah ilmiah dalam jurnal dalam dan luar negara seperti Jurnal Usuluddin, Jurnal Akidah dan Pemikiran Islam (AFKAR), dan Journal Islam and Science. 

Beliau kini adalah seorang pensyarah aqidah dan tasawwuf di CASIS sejak 2013.

Location Map