# NEW DATE & VENUE ANNOUNCED:
FOUR ICONIC INDONESIAN BANDS DADALI, REPVBLIK, ARMADA and SAMSONS BRING “KONSERT MUZIK D.R.A.S.” CLOSER TO FANS AT IDEA LIVE ARENA ON 31 OCTOBER
Organisers KH Worldwide and Star Planet today announced the updated schedule for “Konsert Muzik D.R.A.S.”, which will now take place on Saturday, 31 October 2026, at 8:00 PM at Idea Live Arena, Kuala Lumpur (originally scheduled for 22 August 2026 at UNIFI Arena).
This rescheduling comes in response to unforeseen operational aspects and tour logistics considerations. Despite the change, the newly selected venue offers a more intimate setting, promising audiences a closer connection with the four iconic Indonesian bands — Dadali, Repvblik, Armada, and Samsons — as they share the stage for a truly unforgettable night of music.
“Konsert Muzik D.R.A.S.” presents a rare opportunity for fans to witness these iconic acts sharing one stage in a unique musical crossover.
Pushing the energy to the absolute limit, each act delivers its own signature sonic footprint: Dadali anchors the night with deep, emotionally charged anthems like “Disaat Aku Mencintaimu” and “Disaat Aku Tersakiti”; Armada amps up the crowd with high-octane pop-rock tracks including “Asal Kau Bahagia” and “Pemilik Hati”; Repvblik is primed to send shockwaves through the arena with massive sing-along favorites like “Sandiwara Cinta” and “Aku Takut”; while Samsons brings the ultimate vocal power and soaring, timeless hooks through legendary hits like “Kenangan Terindah” and “Naluri Lelaki”.
Together, these four forces unite to create a high-frequency celebration of Indonesian music, set to electrify generations of fans across the region.
More than just a concert, this special showcase promises a spectacular night of music indulgence, featuring a specially curated programme, dynamic collaborations and captivating choreography designed to elevate the live experience. With four legendary bands uniting for one extraordinary performance, audiences can expect a powerful fusion of nostalgia, energy and unforgettable moments — a once-in-a-lifetime musical celebration that no music lover should miss.
FOUR ICONIC BANDS, ONE UNFORGETTABLE NIGHT
Dadali
Known for their emotional ballads and heartfelt lyrics, Dadali rose to fame with massive hits such as “Disaat Aku Mencintaimu,” “Disaat Aku Tersakiti,”and “Disaat Patah Hati.” Their signature style has made them one of Indonesia’s most recognizable pop bands, with songs that continue to resonate with listeners across generations.

Armada
One of Indonesia’s most successful bands of the modern era, Armada has amassed billions of streams and widespread popularity with timeless hits including “Asal Kau Bahagia,” “Pergi Pagi Pulang Pagi,” “Pemilik Hati,” and “Awas Jatuh Cinta.” Their emotionally rich songs and energetic live performances have earned them a devoted fanbase throughout Southeast Asia.

Repvblik
Famed for their catchy melodies and relatable lyrics, Repvblik became household names through songs such as “Selimut Tetangga,” “Aku Takut,” and “Sandiwara Cinta.” Their infectious sing-along anthems have made them a favourite among fans for more than a decade.

Samsons
Renowned for their powerful vocals and romantic rock ballads, Samsons captivated audiences with iconic songs including "Kenangan Terindah," "Naluri Lelaki," “Tuhan Tak Pernah Salah” and "Bukan Diriku." Their music remains deeply embedded in the memories of Indonesian music fans across the region.

With four celebrated bands sharing one stage, audiences can look forward to an immersive concert experience filled with nostalgia, passion, and a non-stop parade of beloved hits that have soundtracked countless memories over the years.
TICKET INFORMATION
All existing tickets will remain valid for the rescheduled event, with new seat assignments within the same ticket category automatically allocated. No further action is required for ticket holders. Those unable to attend on the new date may request a refund by contacting Ticket2U before 13 July 2026 at 11:59 PM.
Ticket sales for the updated event plan and new venue will officially reopen on 15 July 2026 at 12:00 PM via www.ticket2u.com.my and www.fantopia.io.
For further updates and information, please visit starplanet.com.my
TARIKH DAN LOKASI BAHARU DIUMUMKAN
Gabungan 4 Band Ikonik Indonesia: "Konsert Muzik D.R.A.S." Ditunda ke 31 Oktober 2026, Janji Suasana Lebih Intim dan Eksklusif di IDEA LIVE ARENA KL
Pihak penganjur bersama, KH Worldwide dan Star Planet, hari ini secara rasmi mengumumkan penjadualan semula bagi acara "Konsert Muzik D.R.A.S.". Konsert tersebut kini akan berlangsung pada Sabtu, 31 Oktober 2026, jam 8.00 malam, bertempat di lokasi baharu iaitu Idea Live Arena, Kuala Lumpur.
Acara ini pada asalnya dijadualkan untuk menemui peminat pada 22 Ogos 2026 di UNIFI Arena. Langkah penjadualan semula ini diambil bagi menyelaraskan beberapa faktor luar jangka yang melibatkan aspek operasi serta logistik siri jelajah artis. Penyesuaian dinamik ini sekali gus menegaskan komitmen tinggi pihak penganjur dalam memastikan sebuah persembahan bertaraf tinggi buat para peminat.
Pemilihan Idea Live Arena sebagai lokasi baharu dijangka bakal memberikan nilai tambah yang luar biasa buat para penonton. Memandangkan ruang lokasi tersebut menawarkan atmosfera yang lebih intim, para peminat berpeluang menikmati pengalaman menonton yang sangat eksklusif serta membina interaksi yang lebih dekat bersama empat kumpulan ikonik Indonesia, iaitu Dadali, Repvblik, Armada, dan Samsons.
"Ini bukan sekadar konsert biasa, tetapi satu perayaan muzik Indonesia yang bakal mencetak sejarah tersendiri. Pihak penganjur menjanjikan sebuah malam yang penuh dengan susunan program khas, kolaborasi dinamik di pentas, serta koreografi memukau demi memastikan peminat pulang dengan memori yang tidak akan dilupakan."
Konsert ini merupakan sebuah peluang keemasan yang jarang sekali berlaku untuk menyaksikan empat gergasi muzik seberang berkongsi satu pentas yang sama dalam sebuah persembahan silang (cross-over) yang sangat unik. Masing-masing hadir dengan portfolio lagu-lagu killer yang pastinya akan mencetuskan sesi sing-along terbesar tahun ini.
Peminat bakal dihidangkan dengan emosi yang mendalam daripada Dadali menerusi karya balada menyentuh tangkai hati seperti “Disaat Aku Mencintaimu” dan “Disaat Aku Tersakiti”, sebelum Armada mengambil alih pentas untuk menggegarkan arena dengan lagu pop rock berjiwa besar termasuk “Asal Kau Bahagia” dan “Pemilik Hati”. Kemeriahan diteruskan lagi apabila Repvblik bersiap sedia mengimbau memori luahan perasaan menerusi lagu-lagu hits mereka seperti “Sandiwara Cinta” dan “Aku Takut”, manakala Samsons bakal mengubati rindu peminat dengan kekuatan vokal serta rock balada sepanjang zaman menerusi lagu berhantu mereka, “Kenangan Terindah” dan “Naluri Lelaki”.
Gabungan mantap empat kumpulan ikonik ini bukan sahaja merentasi pelbagai generasi peminat, malah menjadi jambatan yang menghubungkan jutaan pencinta muzik di seluruh rantau ini menerusi untaian lagu yang telah mematangkan kita semua.
EMPAT KUMPULAN IKONIK, SATU MALAM YANG TERINDAH
Dadali
Dikenali menerusi balada yang sarat dengan emosi dan lirik yang menyentuh hati, Dadali mencipta fenomena menerusi lagu-lagu hit seperti “Disaat Aku Mencintaimu,” “Disaat Aku Tersakiti,” dan “Disaat Patah Hati.” Identiti muzik mereka yang tersendiri menjadikan Dadali antara kumpulan pop paling popular di Indonesia, dengan karya yang terus dekat di hati pendengar merentasi generasi.

Armada
Sebagai salah satu kumpulan paling berjaya dalam era moden muzik Indonesia, Armada telah meraih berbilion penstriman serta populariti luar biasa menerusi lagu-lagu malar segar seperti “Asal Kau Bahagia,” “Pergi Pagi Pulang Pagi,” “Pemilik Hati,” dan “Awas Jatuh Cinta.” Lagu-lagu penuh emosi serta persembahan bertenaga mereka berjaya membina kelompok peminat setia di seluruh Asia Tenggara.

Repvblik
Sering kali dikaitkan dengan melodi yang mudah melekat di ingatan serta lirik yang dekat dengan kehidupan pendengar, nama band Repvblik meniti dari bibir ke bibir menerusi lagu-lagu seperti “Selimut Tetangga,” “Aku Takut,” dan “Sandiwara Cinta.” Deretan lagu yang mudah dinyanyikan bersama menjadikan mereka antara kumpulan kegemaran ramai selama lebih sedekad.

Samsons
Hadir dengan vokal yang mantap dan balada rock romantis yang menyentuh perasaan, Samsons berjaya menawan hati peminat menerusi lagu-lagu ikonik seperti "Kenangan Terindah," "Naluri Lelaki," “Tuhan Tak Pernah Salah” dan "Bukan Diriku." Muzik mereka terus terpahat dalam memori peminat muzik Indonesia di seluruh rantau ini.

Dengan keempat-empat kumpulan terkenal ini berkongsi satu pentas yang sama, penonton bakal disajikan dengan pengalaman konsert yang penuh penghayatan dan nostalgia serta deretan lagu-lagu kegemaran yang telah menjadi latar kepada pelbagai kenangan sepanjang tahun.
MAKLUMAT JUALAN TIKET
Semua tiket yang telah dibeli sebelum ini kekal sah untuk tarikh penjadualan semula tersebut. Pemegang tiket akan diberikan penetapan tempat duduk baharu secara automatik mengikut kategori tiket asal tanpa perlu melakukan sebarang tindakan susulan.
Bagi pemegang tiket yang tidak dapat menghadiri konsert pada tarikh baharu yang telah ditetapkan, permohonan bayaran balik (refund) boleh dikemukakan dengan menghubungi pihak Ticket2U selewat-lewatnya pada 13 Julai 2026, jam 11.59 malam.
Sementara itu, jualan tiket bagi lokasi baharu ini akan dibuka semula secara rasmi mulai 15 Julai 2026, jam 12.00 tengah hari menerusi platform www.ticket2u.com.my dan www.fantopia.io.
Untuk sebarang maklumat lanjut serta perkembangan terkini mengenai "Konsert Muzik D.R.A.S.", sila layari laman web rasmi starplanet.com.my.

