KARNIVAL PICKLEBALL UKM 2026
1. Karnival ini dianjurkan oleh pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan terbuka kepada pelajar universiti serta peserta jemputan seperti yang dinyatakan oleh pihak penganjur.
2. Semua peserta wajib mendaftar melalui saluran rasmi yang ditetapkan oleh penganjur dan melengkapkan maklumat dengan tepat.
3. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya peserta menarik diri selepas pendaftaran disahkan.
4. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan diri sendiri sepanjang karnival berlangsung. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan, kehilangan atau kerosakan harta benda.
5. Peserta disarankan berada dalam keadaan sihat dan cergas sebelum menyertai sebarang perlawanan atau aktiviti.
6. Semua perlawanan akan dijalankan mengikut peraturan rasmi Pickleball yang ditetapkan oleh penganjur.
7. Keputusan pengadil dan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
8. Peserta diwajibkan memakai pakaian sukan yang sopan dan sesuai sepanjang karnival berlangsung.
9. Pihak penganjur berhak mengubah suai jadual, format pertandingan atau membatalkan acara sekiranya berlaku perkara di luar kawalan.
10. Peserta dilarang membawa atau menggunakan sebarang bahan terlarang, berbahaya atau menyalahi undang-undang.
11. Peserta hendaklah menjaga disiplin, semangat kesukanan dan mematuhi arahan pihak penganjur sepanjang program.
12. Sebarang bentuk salah laku, pergaduhan atau tindakan tidak beretika boleh menyebabkan peserta disingkirkan serta-merta tanpa sebarang pampasan.
13. Dengan menyertai karnival ini, peserta bersetuju memberikan kebenaran kepada pihak penganjur untuk menggunakan gambar, video atau rakaman sepanjang program bagi tujuan dokumentasi dan promosi.
14. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan barang peribadi peserta.
15. Terma dan syarat ini tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa oleh pihak penganjur tanpa notis awal.
16. No refund policy