KARNIVAL PICKLEBALL UKM 2026

{{$t("Scan and Share")}}
{{$t("Scan the qr to open and share in mobile, or")}} {{$t("Click Here")}} {{$t("to copy the shareable link")}} http://t2u.asia/e/48051
11 PIKELBOLA, DANAU GOLF UKM, Kelab Golf Danau, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
Malaysia City Center
Map

📍 Share This Location


Event {{$t("Expired")}}

Karnival Pickleball UKM 2026

Tarikh: 31 Januari 2026

Lokasi: 11 Pikelbola Danau Golf UKM
 Bersedia untuk gegarkan gelanggang!

Ayuh sertai dengan penuh aksi, keseronokan tanpa henti dan peluang rasai sukan paling trending bersama komuniti dari pelbagai lapisan!

MIXED DOUBLE - COMBINATION DUPR = < 6.0

MEN’S DOUBLE - COMBINATION DUPR = < 6.0

Jadual Pertandingan:
 Time: 8.00 AM – 12.00 PM (Beregu Lelaki Terbuka (Combined DUPR =<6.0)

 Time: 2.00 PM - 6.00 PM (Beregu Campuran Terbuka (Combined DUPR =<6.0)

 Yuran Penyertaan: RM100 setiap pasukan

 Cenderahati Pendaftaran Disediakan

 Daftar di sini: https://www.ticket2u.com.my/event/48051
[PAUTAN PENYERTAAN]

*Format Pertandingan*
• Peringkat Kumpulan ( _Round Robin_ ): 1 set – _Rally_ 15 mata (penukaran belah gelanggang setiap 8 mata)
• Peringkat Kalah Mati (R16 & Suku Akhir): 1 set – _Rally_ 15 mata (penukaran belah gelanggang setiap 8 mata)
• Peringkat Kalah Mati (Separuh Akhir & Akhir): 1 set – _Rally_ 21 mata (penukaran belah gelanggang setiap 10 mata)
• Setiap perlawanan adalah menggunakan format _sudden-death_, tiada deuce pada (14-14 atau 20-20)

• Tiada pengadil tetap disediakan bagi setiap perlawanan. Hanya pengadil bergerak ( _roaming referee_ ) yang akan bersedia di gelanggang.
• Peraturan panggilan bola keluar: Penerima (pemain) akan membuat panggilan bola keluar. Namun, pengadil bergerak ( _roaming referee_ ) boleh menasihati jika berlaku sebarang pertikaian.
• Setiap panggilan bola keluar yang tidak dapat mencapai kata putus antara kedua pasukan akan dimainkan semula ( _replay – reserve_ )

• Semua pemain diharap menerapkan semangat kesukanan yang tinggi.
• Penukaran pemain, penciptaan sub-akaun, manipulasi penarafan DUPR adalah TIDAK dibenarkan dan dalam kes sedemikian, jawatankuasa pertandingan berhak untuk mengesahkan atau membatalkan kelayakan pemain.
• Penarafan DUPR adalah berdasarkan mata akhir pada 26 Januari 2026 iaitu tarikh akhir tutup pendaftaran. Kenaikan mata setelah tarikh tersebut adalah dibenarkan.

• Penjadualan dan masa perlawanan tertakluk kepada perubahan berdasarkan perjalanan pertandingan.
• Penganjur mempunyai hak merubah format dan peraturan pertandingan yang dianggap perlu dan sesuai.
• Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kehilangan atau kerugian sewaktu penganjuran program.
• Peserta yang gagal melaporkan diri pada waktu pendaftaran dan perlawanan boleh dibatalkan penyertaan atau diberi kekalahan.
• Keputusan pengadil dan pegawai teknikal adalah muktamad.
• Keputusan rasmi akan dipaparkan dalam aplikasi Reclub.


#karinivalpickleballukm2026
#pickleballukm
#pickleballmalaysia


Ticket {{$t("Information")}}

{{$t("More info on this event")}}

Details

KARNIVAL PICKLEBALL UKM 2026 

1. Mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar universiti dan komuniti melalui aktiviti sukan pickleball. 

2. Memperkenalkan serta mempopularkan sukan pickleball sebagai sukan rekreasi dan kompetitif yang sesuai untuk semua peringkat. 

3. Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar UKM, institusi pengajian tinggi lain dan masyarakat setempat. 

4. Menyediakan platform pertandingan yang sihat bagi memupuk semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan. 

5. Membangunkan kemahiran kepimpinan, pengurusan acara dan kerja berpasukan dalam kalangan pelajar penganjur.

Location

11 PIKELBOLA, DANAU GOLF UKM, Kelab Golf Danau, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
Malaysia City Center

{{$t("Terms and Conditions")}}

KARNIVAL PICKLEBALL UKM 2026 

1. Karnival ini dianjurkan oleh pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan terbuka kepada pelajar universiti serta peserta jemputan seperti yang dinyatakan oleh pihak penganjur. 

2. Semua peserta wajib mendaftar melalui saluran rasmi yang ditetapkan oleh penganjur dan melengkapkan maklumat dengan tepat. 

3. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya peserta menarik diri selepas pendaftaran disahkan. 

4. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan diri sendiri sepanjang karnival berlangsung. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan, kehilangan atau kerosakan harta benda. 

5. Peserta disarankan berada dalam keadaan sihat dan cergas sebelum menyertai sebarang perlawanan atau aktiviti. 

6. Semua perlawanan akan dijalankan mengikut peraturan rasmi Pickleball yang ditetapkan oleh penganjur. 

7. Keputusan pengadil dan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan. 

8. Peserta diwajibkan memakai pakaian sukan yang sopan dan sesuai sepanjang karnival berlangsung. 

9. Pihak penganjur berhak mengubah suai jadual, format pertandingan atau membatalkan acara sekiranya berlaku perkara di luar kawalan. 

10. Peserta dilarang membawa atau menggunakan sebarang bahan terlarang, berbahaya atau menyalahi undang-undang. 

11. Peserta hendaklah menjaga disiplin, semangat kesukanan dan mematuhi arahan pihak penganjur sepanjang program. 

12. Sebarang bentuk salah laku, pergaduhan atau tindakan tidak beretika boleh menyebabkan peserta disingkirkan serta-merta tanpa sebarang pampasan. 

13. Dengan menyertai karnival ini, peserta bersetuju memberikan kebenaran kepada pihak penganjur untuk menggunakan gambar, video atau rakaman sepanjang program bagi tujuan dokumentasi dan promosi. 

14. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan barang peribadi peserta. 

15. Terma dan syarat ini tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa oleh pihak penganjur tanpa notis awal.

16. No refund policy 

FAKULTI PENDIDIKAN
The organizer did not describe themself much.
Scan & Share
http://t2u.asia/e/48051 
 
FAKULTI PENDIDIKAN
The organizer did not describe themself much.
Event Links
http://t2u.asia/e/48051 
Follow This Event

{{$t("Check Shipping Status")}}

{{$t("Key in your tracking number to check shipping status")}}