Festival Turath Islami Malaysia 2026 (FTIM26)

{{$t("Scan and Share")}}
{{$t("Scan the qr to open and share in mobile, or")}} {{$t("Click Here")}} {{$t("to copy the shareable link")}} http://t2u.asia/e/50424

📍 Share This Location

Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) buat julung kalinya akan berlangsung pada 13 hingga 20 September 2026 dengan tema "Hikmah Warisan Islam".

Festival ini, yang telah dipelopori negeri Selangor selama tiga tahun, kini diangkat ke peringkat kebangsaan pada tahun keempat penganjurannya.

Kali ini, FTIM mengangkat kitab tasawuf Al-Hikam al-Ata'iyyah, karya masyhur ulama besar abad ketujuh Hijrah, Ibnu Atha'illah as-Sakandari.

Festival tahun ini membawakan 26 ulama terhormat dari seluruh dunia dalam siri pengisian ilmiah sepanjang minggu, antaranya:

  • Al-Imam al-Allamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jum'ah - Bekas Mufti Besar Mesir (Mesir)
  • Syeikh Prof. Dr. Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri - Naib Rektor, Universiti al-Qarawiyyin (Maghribi)
  • Ust. Dr. Adi Hidayat - Pengasas Quantum Akhyar Institute (Indonesia)
  • Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil - Mufti Wilayah (Malaysia)
  • YAD Dato' Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir - Mufti Selangor (Malaysia)
  • Ust. Wadi Annuar - Pengasas Akademi Darul Ilmi (Malaysia)


Raih peluang keemasan untuk menuntut secara langsung daripada ulama-ulama terkemuka ini, menerusi sesi pengajian Daurah secara talaqqi (bacaan dan kupasan) yang akan mendalami kitab Al-Hikam dari kulit ke kulit, dengan terjemahan yang sesuai untuk semua peringkat. 


Sama ada anda seorang pemula, pencinta ilmu, pendidik, profesional atau mahasiswa, FTIM menawarkan pelbagai program dan aktiviti menarik termasuklah pengisian untuk seisi keluarga!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi kami di turathislamiselangor.com.

Ticket {{$t("Information")}}

{{$t("More info on this event")}}

Details

FESTIVAL TURATH ISLAMI MALAYSIA 2026

PERJALANAN ILMU

  1. Tausiyah Perdana
    "Erti Kebahagiaan dengan Mengenal Allah"
    Menampilkan: Ust. Wadi Annuar
  2. Daurah Al-Hikam
    Sesi pengajian intensif kitab Al-Hikam yang berlangsung selama 5 hari dalam 15 sesi secara talaqqi.
    Menampilkan:
    Al-Imam al-Allamah Syeikh Dr. Ali Jum'ah, Syeikh Prof. Dr. Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri, Ustaz Dr. Adi Hidayat
  3. Muzakarah Ulama
    “Mengerah Kekuatan Turath Menghadapi Cabaran Dunia Moden”
    Menampilkan:
    YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil, YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Al-Imam al-Allamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jum'ah, Syeikh Prof. Dr. Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri, Prof. Emeritus Dato' Dr. Osman Bakar, Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Syeikh Wazir bin Haji Che Awang al-Makki


PENGHAYATAN ROHANI

  1. Kuliah Subuh
  2. Majlis Bacaan Dalail Khairat
  3. Kuliah Maghrib
  4. Majlis Qasidah & Marhaban


JELAJAH PENGHIDUPAN TURATH

  1. Festival Buku Islami - "Buku Sebagai Teman Untuk Mengenal Diri"
    Pasar Buku, Rakan Buku, Syarahan, Bengkel, Aktiviti Kanak-kanak, Tayangan Video, Ruang Bacaan.
  2. Pameran Busana Tradisional Muslim Nusantara
    Menerokai pemakaian sebagai manifestasi pegangan agama dan adat yang menjadi asas penting dalam budaya alam Melayu.
  3. Bazaar Turath
    Jualan produk berunsur Islam seperti kitab klasik, kaligrafi, pakaian tradisional Islam, minyak attar dan produk sunnah.
  4. Konsert Alunan Mahabbah
    Acara kesenian Islam yang menampilkan persembahan qasidah dan selawat, sebagai penutup FTIM 2026.


Daftar sekarang dan terokai khazanah hikmah yang terkandung dalam tradisi keilmuan Islam, dengan bimbingan ulama-ulama besar sedunia, dalam usaha mencari ketenangan jiwa menghadapi arus dunia masa kini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi kami di turathislamiselangor.com.

Location

Masjid Putra
Masjid Putra, Persiaran Persekutuan, Presint 1, Putrajaya, Malaysia

{{$t("More events or promo by")}}
Festival Turath Islami Malaysia

Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) yang diadakan buat julung kalinya ini merupakan iltizam Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam menghidupkan semula tradisi keilmuan Islam yang telah membentuk tamadun umat selama berabad-abad. Bertitik tolak daripada gagasan YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, festival ini digerakkan sebagai usaha strategik untuk menyemarakkan kembali minat masyarakat terhadap kitab-kitab turath yang menjadi lambang kegemilangan tradisi keilmuan Islam serta sumber kebijaksanaan dalam menghadapi cabaran dunia moden.
Scan & Share
http://t2u.asia/e/50424 
 
Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) yang diadakan buat julung kalinya ini merupakan iltizam Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam menghidupkan semula tradisi keilmuan Islam yang telah membentuk tamadun umat selama berabad-abad. Bertitik tolak daripada gagasan YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, festival ini digerakkan sebagai usaha strategik untuk menyemarakkan kembali minat masyarakat terhadap kitab-kitab turath yang menjadi lambang kegemilangan tradisi keilmuan Islam serta sumber kebijaksanaan dalam menghadapi cabaran dunia moden.
Event Links
http://t2u.asia/e/50424 
Follow This Event

{{$t("Check Shipping Status")}}

{{$t("Key in your tracking number to check shipping status")}}