Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) yang diadakan buat julung kalinya ini merupakan iltizam Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam menghidupkan semula tradisi keilmuan Islam yang telah membentuk tamadun umat selama berabad-abad. Bertitik tolak daripada gagasan YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, festival ini digerakkan sebagai usaha strategik untuk menyemarakkan kembali minat masyarakat terhadap kitab-kitab turath yang menjadi lambang kegemilangan tradisi keilmuan Islam serta sumber kebijaksanaan dalam menghadapi cabaran dunia moden.
No Upcoming Event. Stay Tuned!