Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) buat julung kalinya akan berlangsung pada 13 hingga 20 September 2026 dengan tema "Hikmah Warisan Islam".
Festival ini, yang telah dipelopori negeri Selangor selama tiga tahun, kini diangkat ke peringkat kebangsaan pada tahun keempat penganjurannya.
Kali ini, FTIM mengangkat kitab tasawuf Al-Hikam al-Ata'iyyah, karya masyhur ulama besar abad ketujuh Hijrah, Ibnu Atha'illah as-Sakandari.
Festival tahun ini membawakan 26 ulama terhormat dari seluruh dunia dalam siri pengisian ilmiah sepanjang minggu, antaranya:
- Al-Imam al-Allamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jum'ah - Bekas Mufti Besar Mesir (Mesir)
- Syeikh Prof. Dr. Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri - Naib Rektor, Universiti al-Qarawiyyin (Maghribi)
- Ust. Dr. Adi Hidayat - Pengasas Quantum Akhyar Institute (Indonesia)
- Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil - Mufti Wilayah (Malaysia)
- YAD Dato' Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir - Mufti Selangor (Malaysia)
- Ust. Wadi Annuar - Pengasas Akademi Darul Ilmi (Malaysia)
Raih peluang keemasan untuk menuntut secara langsung daripada ulama-ulama terkemuka ini, menerusi sesi pengajian Daurah secara talaqqi (bacaan dan kupasan) yang akan mendalami kitab Al-Hikam dari kulit ke kulit, dengan terjemahan yang sesuai untuk semua peringkat.
Sama ada anda seorang pemula, pencinta ilmu, pendidik, profesional atau mahasiswa, FTIM menawarkan pelbagai program dan aktiviti menarik termasuklah pengisian untuk seisi keluarga!
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi kami di turathislamiselangor.com.