Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Islam dan Miskin Daerah Sabak Bernam

Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Islam dan Miskin Daerah Sabak Bernam (UKHUWAH) merupakan rumah kebajikan yang memberikan perlindungan, bimbingan dan pendidikan kepada anak-anak yatim, asnaf zakat dan golongan yang memerlukan. UKHUWAH ditubuhkan pada tahun 1985 oleh pengasasnya iaitu Orang Besar Daerah Sabak Bernam, YDH Dato’ Hj Baharin bin Hj Mat Akhir (DSSA., SMS., KMN.) sehingga kini. UKHUWAH sah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (No. pendaftaran: PPM-015-10-26052014) dan turut mendapat kelulusan di bawah Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1993. Objektif utama UKHUWAH adalah membudayakan amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian anak-anak yatim pada usia yang muda dan meningkatkan kecapaian anak-anak yatim dalam pendidikan akademik dan kemahiran untuk persediaan masa hadapan.UKHUWAH mempunyai penghuni seramai 50 orang terdiri daripada 25 lelaki dan 25 perempuan. UKHUWAH beroperasi di sebuah bangunan 2 tingkat yang menempatkan bilik penghuni perempuan di bahagian atas, dan bilik penghuni lelaki beserta bilik pejabat pengurusan di bahagian bawah. Terdapat kemudahan bangunan lain seperti dewan makan serbaguna, bilik warden, surau, bilik komputer dan bilik bacaan. Seramai 7 kakitangan yang dipertanggungjawabkan di bahagian pengurusan UKHUWAH dan dibantu oleh 15 orang ahli jawatankuasa yang berkhidmat secara sukarela.

Our Events / Promotions

No Upcoming Event. Stay Tuned!

What People Says About Us

If you participated in our events before, or going to attend our events, why not leave a footprint to share your experience, feedbacks, and expectations to help us improve!

Our Blog / Articles

No blog / article yet

Our Facebook Page